Tadi kan waktu lunch tadi, orang ramai, meja penuh jadi saya tumpang meja dengan sekumpulan awek. Fuhh ada yang lawa kemain, berkenan tengok. Kena dengan taste, orang putih kata.
Lalu saya pun makanlah, sambil jeling-jeling awek lawa tadi. Sedap betul nasi campur tadi tu, berselera. Terus makan cepat-cepat, moga ada peluang nak bagi pickup line kejap lagi.
Sekali terdengar diorang bersembang-sembang pasal ayam.
“Ehh, pedal ayam ni yang mana satu? Yang lembut tu kan?” tanya gadis cantik yang saya berkenan tu pada kawan dia.
Aduhh.
Hanya kerana pedal ayam, terus saya patah hati.
Hmmmm.
Oklah, sebenarnya nak cerita yang lain.
Demi untuk mendapatkan berat badan ideal dan menjaga kesihatan, langkah awal adalah menjaga portion makanan. Jadi tadi saya makan lauk suku, sayur suku dan nasi separuh.
Suku-suku separuh macam yang disarankan tu.
Fuhhh, semoga berjayalah.







Leave A Reply