Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017) sangat istimewa buat saya. Tahun ini saya dah kenal ramai orang.
Tahun lepas tercongok seorang diri, tak kenal penulis lain, tak kenal penerbit, tak kenal editor, tak kenal rakan pembaca.
Tahun ni banyak wajah yang sekali pandang sudah kenal dan boleh agak siapa. Seronok sekali bertemu rakan-rakan penulis, editor, penerbit dan terutama sekali rakan-rakan pembaca yang sentiasa menyokong.
Saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya berada di PBAKL kali ini. Kalau ada yang tak sempat berjumpa, inshaAllah tahun depan kita cuba lagi.
Terima kasih tak terhingga buat penerbit saya Puteh Press dan juga Komrad Buku yang sudi membawa saya ke Pentas Utama tahun ini.
Terima kasih banyak-banyak juga kepada semua yang sudi menegur dan menyapa saya.
Paling penting, jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan pembaca dan follower seramai 20 ribu orang ini yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.
Tanpa anda siapalah saya.
Cewahhh..macam retis pulak.







Leave A Reply