• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

PEDULI MERAH

23/12/2019

Ada gadis dan wanita tak mampu beli tuala wanita di Malaysia ni kau tahu?

Tak tahu kan?

Benda basic gitu pun ramai orang tak mampu?  Ada keluarga tak mampu beli untuk anak perempuan mereka.  Ada yang tidak ke sekolah setiap bulan.

Ada yang guna suratkhabar buat lapik ketika datang haid setiap bulan.  Ada yang rela mengandung sebab tak payah beli pad setiap bulan.

Ini cerita di Malaysia okeh?  Bukan di Wakanda.

Jadi, ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai GERAK Malaysia sedang menggerakkan inisiatif #pedulimerah bagi membantu golongan ini.

Mereka ingin mendapatkan maklum balas kita semua terhadap komuniti yang terjejas termasuk rakan jalanan wanita, warga B40 miskin bandar, anak-anak sekolah, stateless, refugees, orang asli, dan semua kelompok yang mengalami masalah tuala wanita.

Bantulah mereka gerakkan kempen #pedulimerah ini bersama dengan cara:

1. Letak ikon/logo kempen di media sosial anda
2. Copy caption ini
3. Letak hashtag #pedulimerah
4. Tag GERAK Malaysia
5. Isi borang maklum balas di bawah:

Semoga kerjasama kita semua dapat membantu mereka membantu golongan yang memerlukan ini.

Jom semua kita share dan kita bantu.

Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved