• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Penceramah Berwibawa

22/04/2016

“Assalamualaikum and a very good afternoon to my esteemed speakers and ladies & gentlemen in the audience. I am indeed very nervous right now, not because of the topic that i will present but because the organizer wanted me to speak in English.

My English is bad and please bear with me. Hopefully you all will get it or at least pretend that you understand what I am talking about”

Satu dewan gelak kat abam.

Lepas tu abam pun berceramah seperti seorang mat salleh yang baru lepas kena budu.

Tup-tup ada seorang datang dekat rostrum dan meninggalkan sekeping nota kecil “post it” berwarna kuning, bertulis 5 minit di atasnya.

Maksudnya masa abam hanya ada 5 minit sahaja lagi.

Baru saja naik syehh nak berceramah korang dah suruh abam berhenti. Lalu abam pun memendekkan ceramah abam yang power tu supaya dapat ikut masa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, nampak gaya korang terhibur dan suka dengan ceramah dan tips-tips dari abam bila korang asyik gelak-gelak jer. Tak tahulah korang gelakkan lawak abam ataupun kat English abam.

Dah selesai, ramai yg datang bergambar, mintak sain dan sebagainya buatkan abam rasa fofular sekejap.

Bagi yang datang nak beli buku tapi takde, abam mintak maaf yer. Stok abam tak bawak. Kesian jugak katanya kat semua kedai buku di Penang tu dah kehabisan stok. Tunggu cetakan ketiga nanti yer.

Terima kasih USM sebab layan abam macam VIP.

Lain kali jangan serik jemput abam lagi yer.

Prof. Dato’ Dr. Khairul Abdullah
Penceramah Berwibawa.

p/s: Terima kasih tak terhingga buat semua speakers yang hebat yg buatkan abam rasa kecik jer kat stage tu.

Ybhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdul Kadir Hj. Din
Ybhg. Dato’ Mohamed Razip Hasan
Ybrs. Professor Dr. Badaruddin Mohamed.
Ybrs. Ms Ooi Geok Ling
Ybrs. Mr. Chin Yoon Khen

Share

Blog  / Events  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved