• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Penerbangan Pertama Khaleef

03/06/2016

Malam ni merupakan malam ke-3 saya tidur di hospital menemani hero saya Khaleef yang demam teruk. Sejak hari Rabu saya berkampung di hospital dan belum balik ke rumah lagi.

Alhamdulillah demam si hero dah beransur baik dan mungkin esok dibenarkan pulang.

Di dalam senyap sunyi malam dan kesejukan bilik, saya terkenang kembali saat dia lahir nun jauh di negara orang. Bertuahnya saya dan isteri yang menunggu hampir 10 tahun untuk seorang anak. Kini dah pun dua.

Terkenang juga saya saat pertama membawa Khaleef terbang seorang diri ketika baru berusia 3 bulan. Saya sangat takut, almaklumlah kata orang bayi dan kanak-kanak telinganya sangat sensitif terhadap perubahan tekanan di dalam kapalterbang.

Banyak petua diberikan kepada saya agar perjalanan kami lancar dan Khaleef tidak meragam. Apatah lagi bagi seorang bapa yang tiada senjata di dada yg boleh mententeramkan bayi 3 bulan. Sangat takut.

Jam 5 pagi saya dah menolak stroller Khaleef untuk ke stesen keretapi menuju ke airport. Memandangkan kami hanya berdua, banyak kesusahan yang saya ramalkan akan kami tempuhi. Namun sebaliknya yang berlaku.

Perjalanan lancar. Ramai yang membantu seawal di stesen keretapi sehinggalah daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan di airport.

Di dalam flight pula Khaleef tidur sebaik sahaja take off dan bangun setelah touch down. Namun itu cumalah penerbangan 60 minit.

Ketika penerbangan 12 jam kami sekali lagi berdua sahaja. Ketika itu usianya 8 bulan. Sehari sebelum penerbangan dia demam dan selsema ditambah dengan batuk lagi.

Saya hanya mampu berdoa agar dia tidak menangis dan meraung sepanjang perjalanan. Namun Alhamdulillah, Khaleef rilek dan kool sahaja cuma sesekali menangis kecil minta dipangku dan merengek nakkan susu.

Dan di beberapa penerbangan seterusnya sepanjang umur beliau, dia masih kekal kool dan rilek sahaja, cuma sekali sekala tarik rambut orang depan.

Anak kecil ni sukar di ramal. Ada yang kool ada yang tidak. Kita cuma perlu bersedia sebaik mungkin. Banyak tips yang boleh kita Google dan praktikkan yang mana sesuai.

Kalau nak terbang, saya akan bagi dia kenyang dulu dan sediakan lolipop. Kalau adiknya yang masih kecil maka tiada pilihan selain diberikan susu ketika take-off dan touch down.

Mujurlah setakat ini Khaleef masih kekal kool dan belum pernah menangis ketika dalam penerbangan.

Kalaulah dia menangis ketika kami berdua sahaja dahulu, jenuhlah saya. Harap-harap ada yang nak tolong peluk dan pujukkan Khaleef – kalau tak pun peluklah dan tenteramkan daddy dia 😁.

Share

Blog  / Experience  / Parenting  / Peoples  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved