

Encik Azim (bukan nama sebenar) baru berusia 39 tahun dan mempunyai 2 anak yang masih kecil. Namun awal tahun hari tu beliau diserang stroke, dan lumpuh terus. Hanya mata yang boleh dibuka dan sebelah tangan yang boleh diangkat.
Maka terlantarlah beliau dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi hatta bercakap sekalipun. Semuanya perlu dibantu dan makanannya hanyalah susu khas yang perlu diberi melalui tiub.
Susu ni mahal, sekitar 15-30 tin diperlukan sebulan. Beribu ringgit dihabiskan untuk susu sahaja.
###


Tuan Rahmat pula (bukan nama sebenar) pula secara zahir nampak macam ok sahaja. Namun tahun lepas beliau menjalani pembedahan membuang kanser di mulut. Tumor berjaya dibuang namun sistem pemakanan beliau gagal.
Dia tak dapat lagi makan minum melalui mulut seperti biasa.
Bila diselak bajunya maka nampaklah tiub yang ditebuk masuk terus ke dalam perut. Itulah “mulutnya” kini dan selamanya.
Dia kini perlu bergantung kepada susu khas sehingga ke akhir nyawa.
###
Mereka ini telah disantuni oleh team U4U. Kami telah berjumpa untuk membantu sementara mereka menerima bantuan kekal dari pihak zakat.
Alhamdulillah, wang sumbangan kalian dapat kita hulurkan kepada mereka ini agar bebanan yang mereka tanggung dapat kita sama-sama ringankan.
Banyak lagi kes-kes lain sebegini yang perlu kita sama-sama bantu.
Bagi yang ingin turut serta membantu boleh hulurkan sumbangan kalian melalui tabung #infaksusupesakit di akaun berikut:
CIMB: 8603537251 (Ukhwah For Ummah U4U)
Ref: Infak Susu Pesakit
Atau jika ada antara kalian yang punyai lebihan stok susu khas untuk pesakit yang belum digunakan bolehlah sumbangkan kepada kami untuk kami berikan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga sumbangan kalian di hari Jumaat yang mulia ini diberikan ganjaran syurga olehNya.
Aamiin.
We love, we care.
KHAIRUL ABDULLAH







Leave A Reply