• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Penne Beef Fusion // West meet East

11/06/2012

Hujan renyai seawal jam 6 pagi tadi. Ketika berjalan pulang dari kerja, ingatan terhadap ikan salmon sangat kuat kerana awal pagi tadi terbaca kat blog Cik Shasha. Ingat nak tiru, tetapi memandangkan hujan, jadi saya malas untuk singgah membeli salmon, lansung saya kembali ke rumah.

Perut dah mula lapar, sebenarnya beberapa jam tadi ia dah mula berbunyi minta diisi, hanya saya yang buat tidak peduli.

Sesampai di rumah, bukak peti sejuk dan intai apa yang ada. Tak ada apa. Bukak drawer…jumpa penne. Teringat lagi kat Cik Shaha, sebab dia juga ada buat penne ala fusion yang nampaknya menyelerakan.

Hajat dihati nak tiru salmon Cik Shasha, tetapi tertiru penne fusionnya. Takpe yer Cik Shasha.

Kalau mengikut gambarnya, kena ada udang. Malangnya tiada udang dalam peti sejuk saya…maka saya gantikannya dengan daging. Daging pula nak kena defrost, saya tak ada microwave. Kalau nak jugak, jenuhlah saya menunggu..perut dah lapar. Sebaliknya saya menggunakan daging burger sebagai pengganti. Mudah dan cepat dan sedap.

Jadi aktiviti memasak pun dimulakan. Sebelum tu aktiviti memasang peralatan kamera dimulakan terlebih dahulu.

Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkannya kerana sibuk nak ambil gambal, pasang tripod, set kamera, lepas tu ubah pulak, set balik, pasang timer dan sebagainya.

Bagi menu hari ini, saya terpaksa “improvise” dengan bahan-bahan yang sungguh “limited”. Bagi menjadikannya “fusion” atau campuran, maka gandingan penne+daging burger+daun dan serbuk kari+ serbuk cili+sos ikan nampaknya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Sesuai dengan nama “fusion” tu – West meet East.

Sungguh enak di mata dan tekak saya.

Terima kasih Cik Shasha kerana memberi inspirasi kepada saya.

Adakah anda akan mencuba? Entahlah..I dont know..tetapi, pesanan saya…rugi kalau tak cuba. *wink wink*

cara memasak pennecara memasak penne mudahpenne beef fusionpenne beef reciperesepi mudah penneresepi penne dagingresepi penne fusion
Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

8 Comments


Lady Windsor
11/06/2012 at 5:13 pm
Login to Reply

En Khairul,
Arghhhh!! Ini tidak adil namanya…kenapa penne beef fusion Encik lebih yummeh dan sangat handsome rupanya serta rasanya (I am sure) berbanding saya punya aaa?

Adakah sebab peralatan kamera yang canggih atau memang yummylicious!…kalau lah Frankfurt tu dekat, wajib saya minta sikit…hehe



    Khairul Abdullah
    11/06/2012 at 5:36 pm
    Login to Reply

    Cik Shasha,

    Jangan terpedaya kepada rupanya…itu semua adalah kamera trick semata-mata :). Namun begitu rasa kari+daging burger+penne tu agak yummylicious lah.

Mohkembara
12/06/2012 at 4:17 am
Login to Reply

Salam Yob Khairul,
kalau nak defrost cepat, rendam benda tu dlm bekas air, cepat defrost benda yg nak didefrostkan!
Nampak menyelerakan tu penne. Akak pun guna daging dan ikan bilis blend utk goreng spegeti malam tadi.



    Khairul Abdullah
    12/06/2012 at 10:17 am
    Login to Reply

    Salam Kak Yong,

    Memang selalu saya buat camtu..rendam dalam air..tetapi ambik masa gak kurang2 sejam..Tapi kali ni dah tak mampu nak tunggu sejam tu..kebulor 🙂

Su
12/06/2012 at 4:33 am
Login to Reply

Nampak sedap, dgn gambar2 yg cantik.. And simple recipe too! Nanti nak cuba lah.. 🙂



    Khairul Abdullah
    12/06/2012 at 10:22 am
    Login to Reply

    Su,

    Nampak jer macam sedap 😉 tapi alhamdulillah…sedap ler pada tekak saya. And its very simple and fast to try. Kalau add corriander sikit lagi best kot. Cubalah.

my name is lily
12/06/2012 at 10:02 am
Login to Reply

Okay, nak try masak afterwork hari ni!



    Khairul Abdullah
    12/06/2012 at 10:24 am
    Login to Reply

    Puan Lily,

    Sila kurangkan atau tak payah letak serbuk cili or cili padi yer…boleh ler Adam n Jasmin tumpang sekali..kalau tak mak n ayah dia jer yg makan 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved