• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pentas Bukan Dunia Dia

24/11/2018

Ketika orang lain sedang melakukan persembahan, dia cuma merenung siling.  Ketika dicuit kawan-kawan dia masih juga begitu.

Hanya dalam dunia dia.

Usai ucapan saya di pentas, tiba giliran untuk persembahan kedua.  Kali ini dia menangis.  Tak mahu lagi berdiri di atas pentas.  Puas dipujuk cikgu.  Puas juga dipujuk daddy.

Tetap menangis.  Tak mahu, katanya.

Saya tinggalkan dia di belakang pentas dan kembali ke tempat duduk.  Kelihatan cikgu masih cuba memujuk.

Ketika anak-anak lain sedang menyanyi, dia keras terpaku di hujung sekali.  Kemudian merebahkan badan menonggeng seperti orang frust.

Persembahan diteruskan.  Dan dia masih begitu.

Nampak jelas kesugulan di wajahnya.

Hiba pula saya tengok.  Terus terbayang wajah arwah ibunya.  Ketika anak lain menyanyi kegembiraan, dia muram dan menangis.

Masuk persembahan ketiga, dia masih berkeras.  Setiap kali cikgu angkat berdiri dia kembali duduk atau turun dari bangku yang disediakan.

Memang dia tidak mahu.

Pentas bukan dunia dia.

Jadi saya ke belakang, jemput dia dan bawa pulang sahaja.

Kesian Khaleef.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved