• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Hingga 31 Mac 2020 di Seluruh Negara

16/03/2020

Pengumuman penting YAB Perdana Menteri pada 16hb Mac 2020 tepat jam 10:07 malam tadi.

Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.  Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga Akta Polis 1967.  Perintah ini meliputi:

1.  Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai sama ada aktiviti keagamaan, acara sukan, sosial dan budaya.  Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam dan kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk semua umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat.

2.  Sekatan meyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia keluar negara.  Yang baru pulang mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3.  Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4.  Penutupan semua taska termasuk sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti.

5.  Penutupan semua institusi pendidikan tinggi IPT awam dan swasta serta institusi kemahiran di seluruh negara; dan

6.  Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, minyak dan bahan api, perbankan, kewangan, farmasi, penjara, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan peruncitan dan pembekalan makanan.

***

Tindakan ini mesti diambil bagi membendung penyebaran wabak Covid 19.  Inilah satu-satunya cara bagi mengelakkan wabak ini menular ke seluruh negara.

Rakyat dinasihatkan agar jangan panik, jangan cemas dan sentiasa bertenang.

Jaminan bekalan makanan dan kesihatan adalah mencukupi dan akan sentiasa dipantau.

Sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan ini demi untuk kepentingan seluruh rakyat dan negara.

Kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan wabak ini dan akan memaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi HOTLINE 03-88882010 bermula jam 12 tengahari esok.

Semoga kita semua cekal menghadapi waktu sukar ini.

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH
#AbahDaddy
#Covid19

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved