• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perodua Myvi 2011 – Rekabentuk Dinaiktaraf – New Facelift

08/04/2011

Spyshot – Perodua Myvi 2011

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter dan 1.5 liter. Myvi baru versi 1.3 liter akan dilancarkan pada April ini manakala versi 1.5 pada Julai atau September depan.

Beberapa perubahan besar telah dilakukan oleh Perodua terhadap Myvi 2011 yang membabitkan ruang dalaman (interior) dan luaran (exterior) berbanding model sedia ada, antaranya papan pemuka (dashboard) serba baru, reka bentuk lampu depan dan belakang baru, serta bampar depan dan belakang berwajah baru lebih sporty. Berbanding varian 1.3 liter, varian 1.5 liter bukan saja menawarkan enjin lebih berkuasa malah rekaan luaran lebih sporty dan bergaya.

Spyshot – Perodua Myvi 2011

Menurut Perodua, beberapa jenis varian ditawarkan untuk model terbaru ini membabitkan transmisi automatik dan manual. Antara perbezaan ketara antara versi manual dan automatik ialah tuil gear automatik berada di atas dashboard (sama seperti Perodua Alza automatik) berbanding tuil gear manual yang masih di kedudukan bawah (lantai). Perubahan Myvi baru ini juga membabitkan saiznya yang dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan untuk lebih keselesaan penumpang.

Spyshot – Perodua Myvi 2011
Harga bagi Perodua Myvi baru akan diumumkan oleh pihak Perodua sedikit masa lagi setelah mendapat kelulusan pihak kerajaan. Harga untuk versi 1.3 liter mahal sedikit daripada harga model sekarang, manakala versi 1.5 liter pula dijangka lebih rendah daripada model Perodua Alza. Perodua memaklumkan bahawa enjin 1.5 liter yang digunakan pada Myvi 1.5 merupakan enjin yang sama digunakan pada model Alza, menjadikannya lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak.
Spyshot – Perodua Myvi 2011





Perodua Myvi 2011 baru akan berada di pasaran pada April 2011. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dilaporkan berkata sebelum ini, model baru kereta kompak yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada iaitu Myvi, Alza dan Viva. Sama ada benar atau tidak kenyataan penuh yakin itu, Perodua mempunyai alasan yang kukuh untuk mencipta satu lagi rekod dalam sejarah industri automotif negara bermula bulan ini.
Adakah anda tergoda denga penampilan baru Myvi ini? ENTAHLAH..I dont know..but i am.

UPDATE


Perodua Myvi akan dilancarkan pada 16 Jun 2011. Untuk tempahan segera, sila hubungi En. Azman (Perodua Seksyen 11 Shah Alam) di talian 012-2058626. Atau layari http://ybkperodua.blogspot.com
myvi 1.5 litremyvi 2011myvi barunew faceliftperodua
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

3 Comments


alyrds
20/04/2011 at 9:27 am
Login to Reply

kena kongsi ni ngan reader blog aku!.. mengancam pulak aku tgk dlm kete ni… hoho~



khairul abdullah
21/04/2011 at 2:14 pm
Login to Reply

kongsi bro..jgn tak kongsi!!



Mama Balqis
19/05/2011 at 9:20 am
Login to Reply

nice info



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved