• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pes Perencah Bihun Goreng MAGGI

15/08/2021

Aku goreng bihun jer lunch hari ni. Budak-budak pun kata depa dah cemuih makan nasik. Bab goeng bihun ni memang aku guna perencah jer. Cepat dan confirm sedap.

Hari ni aku guna perencah Maggi, selalunya guna yang Adeby punya. Not bad, really. Nak buat pun mudah yakmat.

Apa yang kau perlu ada cumalah:

250gm bihun (2 keping) rendam sampai lembut.
1 pek perencah bihun goreng Maggi: https://shp.ee/gvnrwgd

1 ketul dada ayam dipotong dadu.
15 ekor udang saiz sederhana dibersihkan.
2 pokok sawi diambil daunnya.
2 genggam taugeh jika mahu.
3 biji telur.
6 sudu minyak masak.

Cara nak buat dia:

1. Panaskan minyak dan tumis perencah bihun goreng Maggi hingga harum dan masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan masukkan udang. Kacau sekejap sampai udang masak.

2. Masukkan telur dan kacau sampai hancur lalu masukkan bihun dan sawi. Kacau sebati. Kalau ada taugeh boleh masukkan dan kacau sebati.

Siap.

Mudah sangat sebenarnya. Rasa dia pun sedap jugak. Berbeza kalau guna perencah adeby punya. But its equally good.
Nak bagi lagi sedap, potong cili padi dan tuang kicap lalu perah limau. Aishhhh, meleleh beb.

Nak bagi lagi berselera, hidangkan dalam pinggan Nordic Style yang lawa macam dalam gambar tu.

Boleh beli di sini: https://shp.ee/b7tig8j

Sekian.

#superdaddy
#bihungorengmaggi

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved