Abang rasa nak luku jer kepala budak-budak termasuk orang tua, pak lebai, bisnesman, student, mat bangla dan ramai lagi yang makan pisang di masjid sebelum atau selepas solat Jumaat.
Sudahlah orang beri makan, bersyukurlah. Hormatlah rezeki yang diberikan, jangan dibiar bergelimpangan dan ada yang terjatuh atau dibuang ke bawah meja dan ke dalam longkang.
Ini tidak, semuanya bersepah. Sudahlah nak makan pisang bukan main berebut, sudah makan dibalingnya kulit pisang ke dalam plastik sampah tu sambil pejam mata. Kulit pisang yang tercampak jauh keluar dan tak masuk, atau masuk dan terkeluar kembali dari plastik sampah tu di buat bodo jer.
Kot nak dikutip kembali, memang tidaklah.
Pakai serban bukan main lagi, pakai tali leher bukan main lagi, pakai baju Melayu bersampin pun bukan main lagi…tetapi perangai…Ya Robbi.
Masjid tu tempat beribadat. Sifat masjid itu suci dan bersih. Awak datang nak beribadat dan nak dapat pahala. Patutnya datang tolong bersihkan masjid, ini tidak di tambah kotor lagi.
Kot yer tak nak tolong bersihkan, tolong lah jangan kotorkan.
Itu baru cerita pasal pisang. Belum cerita pasal tandas, pasal tempat wuduk, pasal selipar, pasal kasut, pasal sisa kotoran yang dibawa masuk ke karpet masjid dan sebagainya.
Bila lah nak ada adab dan jadi pembersih gamaknya.
Entahlah..abang dont know!!
p/s:
Mohon tukar pisang kepada epal. Diorang makan terus sekali dengan kulit.
Mohon share dan tag rakan anda yang suka makan pisang juga.







Leave A Reply