• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pizza Jerman

19/11/2014

Jom cuba makanan Jerman yang diberi nama “Flammkuchen” yang secara literalnya bermaksud “Flame cake”. Makanan ini berasal dari wilayah selatan Perancis yang terkenal dengan bandar Strasbourg dan Colmar dan di sana makanan ini dipanggil “Tarte Flambee” yang bermaksud “Pie baked in the flame”.

Akibat dah tak tahu nak makan apa maka malam tadi saya buatkan flammkuchen dengan toppings “Chilli Tuna” dengan menggunakan chilli tuna dalam tin. Kadang-kadang saya pakai sardin, salmon dan sebagainya.

Cara pembuatannya dohnya adalah sama seperti pizza tetapi nipis dan berbentuk petak ataupun bulat. Kemudian disapu dengan Crème fraîche atau krim masam (sour cream) dan kemudian barulah diletakkan toppings mengikut kesukaan anda.

Boleh letak isi ikan, daging, ayam, seafood, sardin, serunding dan sebagainya bersama cendawan, hirisan bawang, daun bawang, koriander dan macam-macam lagi. Kalau suka boleh juga diletakkan keju atau cheese di atasnya.

Kalau nak “fancy” sikit boleh cuba macam dalam gambar ni iaitu letak smoked salmon yang dicincang halus, daun bawang, caper dan juga grated cheese.

Kalau nak feeling oriental pulak boleh letakkan udang, hirisan bawang, daun koriander dan juga sos Thai seperti yang pernah saya tunjuk di dalam video saya.

Bahan-bahan

– 120gm tepung gandum

– 1.5 sudu minyak masak

– Sedikit air

– Sedikit garam

– Krim masam (Sour cream)

Toppings

– Terpulang kepada anda.

Cara membuatnya di sini: https://khairulabdullah.com/pizza-jerman-mudah-rangup-sedap/

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved