Gambar menunjukkan portal online untuk menempah nombor plet kenderaan di Frankfurt, Germany.
Di Jerman tiada tender dikeluarkan untuk nombor plet kenderaan. Siapa cepat dia yang dapat atau anda boleh tempah (reserved) nombor plet kenderaan yang anda inginkan melalui sistem online.

Pilihlah apa sahaja huruf dan nombor yang anda mahu dan masukkan ke dalam sistem. Kalau huruf dan nombor tu dah digunakan oleh orang lain maka akan diberitahu “not available” kalau ada maka anda boleh tempah dengan bayaran €25.60 sahaja.
Dalam tempoh 30 hari anda kena daftarkan kenderaan anda dan kalau tidak maka tempahan tadi terbatal.
Apabila sudah didaftarkan maka bolehlah cetak nombor plet anda di mana-mana kedai dengan kos sekitar €15-20.







Leave A Reply