Jam 2 pagi saya melangkah masuk ke zon kuning di bahagian kecemasan.
Khaleef yang tercungap-cungap mencari nafas perlu dirawat segera. Doktor dan nurse pantas melakukan apa yang sepatutnya.
Pada masa yang sama, saya mula gundah gulana.
Semua memori mula menjengah bila terpandang zon merah. Di bilik Resusitasi 3 itulah kali terakhir isteri membalas pelukan saya sebelum dipindahkan ke wad dan seterusnya ke ICU.
Di hospital inilah menyaksikan hidup dan mati kesayangan saya. Ada dua nyawa dilahirkan di sini dan ada satu nyawa diambil juga di sini. Semuanya nyawa yang tiada taranya buat saya.
Pilu menerpa.
Saya tinggalkan sekejap Khaleef yang sedang dirawat dan bergegas menuju ke “pohon” saya. Pohon yang menyaksikan setiap rintih saya bila menyambut nyawa yang baru hadir serta meratap nyawa yang telah diambil pergi.
Saya merintih lagi.
Pohon ini sentiasa menjadi saksi tangis saya. Menjadi telinga mendengar khabar gembira kelahiran dua putera serta mendengar khabar duka pemergian isteri yang tercinta.
Jeda.
Semoga Khaleef baik-baik sahaja.







Leave A Reply