• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Posmen Naik Keretapi

03/12/2013
deutschepost

Seorang pekerja pos wanita sedang menunggu untuk menaiki keretapi.

Di Jerman ini, posmen yang menghantar surat dan bungkusan kecil di kawasan perumahan dan juga bandar biasanya akan berjalan kaki dan menaiki keretapi untuk menghantar surat.

Mereka akan menolak troli khas yang berisi surat dan bungkusan kecil dan akan berjalan di sekitar bandar dan kawasan perumahan untuk menghantarnya.

Tiada motorsikal digunakan. Yang ada hanya troli kecil dan juga van, sekiranya menghantar bungkusan besar. Basikal juga kadangkala digunakan untuk menghantar bungkusan-bungkusan dan seringkali digunakan di musim panas. Musim sejuk adalah terlalu ekstrim untuk menaiki basikal bagi menghantar surat dan bungkusan.

Perkhidmatan pos di Jerman, sepanjang pengalaman saya belum pernah mengecewakan.

deutschepost2 deutschepost3 deutschepost4 deutschepost5

Setiap kiriman yang saya hantar ataupun nantikan pasti akan sampai dengan selamat. Cuma ada satu kes di mana saya menghantar bungkusan yang besar kepada rakan di Malaysia pada bulan puasa yang lalu. Barang tersebut tidak sampai kepada beliau setelah sebulan lebih. Saya hairan kerana selama ini tiada kes sedemikian berlaku. Rupa-rupanya barangan tersebut sampai ketika rakan saya tiada di pejabat dan bungkusan tersebut (yang diterima di kaunter penyambut tetamu) telah dihantar ke meja beliau ketika beliau sudah bercuti namun malangnya bungkusan tersebut telah dicuri.

Jadi belum pernah ada kes barang yang saya hantar atau nantikan pernah hilang.

Saya simpulkan yang perkhidmatan pos di sini amat “reliable” atau boleh diharapkan. Antara ciri-ciri yang membuatkan proses menghantar dan menerima kiriman di sini menjadi seronok adalah kerana:-

1. Kiriman anda pasti sampai.

2. Setiap posmen yang menghantar kiriman yang memerlukan tandatangan penerima akan sentiasa mengucapkan selamat kepada anda setiap kali bertemu anda. Ucapan “Hello” “How are you” “This is your package” “Thank you and have a nice day” (di dalam bahasa Jerman) tidak lekang dari bibir mereka.

3. Sekiranya anda tiada dan kiriman tersebut memerlukan tandatangan, mereka akan cuba membunyikan loceng jiran anda dan memberikan kiriman tersebut kepada mereka. Kemudia satu nota rasmi akan dimasukkan ke dalam peti pos saya mengatakan barangan saya kini berada di tangan Herr Kaiser ataupun Frau Muller dan ramai lagi bergantung kepada jiran mana yang mengambilnya.

4. Jika jiran yangย mengambilnya akan bercuti atau meninggalkan rumah maka kiriman atau bungkusan saya akan diletakkan di hadapan pintu rumah saya. Sekiranya saya tiada di rumah selama seminggu maka barangan tersebut akan berada di hadapan pintu saya selama seminggu. Tak pernah hilang.

5. Ada juga barangan lain yang diletakkan di pintu utama apartment selama berminggu juga tidak pernah hilang selagi tidak diambil oleh pemiliknya.

6. Seorang pekerja pos dari syarikat kurier terkenal DHL akan sentiasa memberi salam kepada saya (setelah melihat nama akhir saya iaitu Abdullah) dan tentunya beliau juga adalah seorang muslim. Kami akan sering bertegur sapa tak kira di mana kami berjumpa.

Perkhidmatan pos di Jerman ini masih sangat relevan walaupun di zaman teknologi ini di mana urusan surat menyurat sudah digantikan dengan email. Golongan tua masih sering mengutus surat kepada sanak saudara dan yang paling penting adalah perkhidmatan penghantaran bungkusan di mana ia adalah penyumbang terbesar kepada operasi perkhidmatan pos di sini.

Online Shopping adalah sangat popular. Amazon dan Ebay adalah penyumbang terbesar dan saya adalah seorang pengguna tegar kedua-dua laman web ini dan juga perkhidmatan pos. Setiap hari tanpa gagal pasti ada kotak bungkusan dari Amazon, Ebay dan peniaga lain akan sampai di bangunan apartment saya ini. Hampir kesemua jiran-jiran saya membeli secara online termasuk saya di mana saya adalah pembeli dan saya juga adalah penjual, maka kami bergantung 100 peratus kepada perkhidmatan pos.

Di sini, posmen boleh menerima bayaran dari pelanggan bagi pihak penjual. Contohnya ketika membeli secara online, saya memilih untuk membayar secara tunai ataupun “Cash on delivery”, maka saya perlu membayar tambahan sebanyak 1 euro untuk barangan yang saya beli. Jika saya membeli barangan bernilai 50Euro maka saya perlu membayar sebanyak 51Euro nanti.

Lusanya apabila barang saya sampai, posmen akan memberikan invois kepada saya dan menyatakan jumlah yang saya perlu bayar iaitu sebanyak 51Euro dan setelah pembayaran dibuat maka barangan anda pun diberikan. Sekiranya anda penjual maka wang tadi akan dikredikan ke dalam akaun bank anda sebayak 50Euro dan 1Euro disimpan sebagai kos atau keuntungan mereka.

Jadi amat mudah untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk membeli secara online dan tidak mempuyai kad kredit ataupun akaun Paypal ataupun yang masih skeptikal dan takut ditipu. Saya sudah hampir 10 tahun membeli barang secara online sejak di Malaysia lagi dan sekali pun saya tidak pernah ditipu. Atau masih belum pernah kena tipu. Bagi saya amat mudah mengesan samada seorang peniaga online itu penipu ataupun tidak.

Jadi kesimpulan saya, perkhidmatan pos adalah satu amanah. Kita membayar sekian harga dan memberikan amanah tersebut kepada sebuah syarikat untuk menghantar barangan kita kepada pihak lain. Jadi sepanjang pengalaman saya di sini, amanah tersebut dipikul dengan sangat baik oleh para pekerja pos.

Mungkinkah ada juga kes-kes kehilangan barangan yang mungkin berlaku di sini yang saya tidak tahu?

ENTAHLAH..I Dont Know, namun ianya tidak pernah terjadi kepada saya.

khairul signature

adab pekerjabayar onlinebeli onlinebungkusan hilangdeutsch postdi jermanhantar suratjual onlinekiriman barang keluar negaranaik basikalperkhidmatan pospos barang ke jermanpos laju keluar negarasikap pekerja possurat tidak sampai
Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017

43 Comments


blu4sky
03/12/2013 at 10:56 am
Login to Reply

salam khairul,

ini mau dapat dekat mr.beans sure dia bawak lari basikal kuning tu…hahahaha….



    Khairul Abdullah
    03/12/2013 at 10:58 am
    Login to Reply

    W’Salam Sue,

    Hahahah…please Mr Bean dont do that..nanti hilang parcel i ๐Ÿ™‚

khairul
03/12/2013 at 11:17 am
Login to Reply

hehe, hebat betul. saya suka gambar 4 dari atas.
tak sangka Jerman yang hebat dengan mesin serta kereta menggunakan basikal untuk menghantar surat. dan ianya nampak lebih effektif!



    Khairul Abdullah
    03/12/2013 at 1:01 pm
    Login to Reply

    Jerman memang hebat dengan mesin2 ni. Menggunakan troli dan basikal sangat efektif di sini, namun kalau kat Malaysia tak boleh..nanti basah lencun abg posmen akibat peluh dan lencun sekali lah surat2 kita ๐Ÿ™‚

    Tapi kat sini waktu musim panas, abg2 n kakak2 posmen pakai short n tshirt jer hantar surat naik basikal dan jalan kaki.

hafsah
03/12/2013 at 12:27 pm
Login to Reply

Ehmmm bestnya, nk jadi jiran KA boleh? kalau tak pun jiran Herr Kaiser ataupun Frau Muller ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    03/12/2013 at 12:55 pm
    Login to Reply

    Haha, silakan. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan ๐Ÿ™‚

Pnad1003
03/12/2013 at 1:20 pm
Login to Reply

Perbezaan budaya, menarik. still malaysia the best place.
Ich hoffe, dass ich Deutschland einmal besuchen kann.



    Khairul Abdullah
    03/12/2013 at 1:26 pm
    Login to Reply

    Ja genau. Malaysia ist immer das beste. Hoffnung kรถnnen Sie hier eines tages wieder besuchen. ๐Ÿ˜‰

su
04/12/2013 at 5:16 am
Login to Reply

bestnya nampak basikal diaorg.. dan, sah2 lah abg2 posmen tu punya perut yg tk buncit sebab exercise hari2. hahaha…



    Khairul Abdullah
    04/12/2013 at 8:56 am
    Login to Reply

    Su,

    Abg posmen kat sini memang tough2 belake, kakak posmen pun cun juge ๐Ÿ™‚

mummydearie
04/12/2013 at 8:51 am
Login to Reply

Comelnya basikal abang posmen nih. Kalaulah boleh nak aje saya order dari Jerman dan hantar ke Malaysia (kalau ya pun boleh tentu hilang di Malaysia sebelum sampai ke tangan saya :D) Best juga mereka ni ya, sangatlah friendly, jadi kita pun happy selalu. Seminggu letak barang depan rumah tak hilang kira sangat-sangatlah ajaib ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    04/12/2013 at 9:10 am
    Login to Reply

    Mummy,

    Basikal kan yg comel? bukan abg posmen tu kan? ๐Ÿ™‚ Kalau semua orang bersikap baik, friendly, ramah maka semua org happy samada pemberi servis ataupun penerima servis. Barang kat depan pintu rumah memang tak pernah hilang so far, in fact i tgk jiran2 punya barang pun kalau diorang lama bercuti, berlonggok depan pintu rumah tu..tak hilang pun. Ini bagi yg duduk apartment lah..kalau rumah teres tu saya tak pasti lah pulak..mungkin chances utk hilang lebih tinggi.

Shamsiah Abdul Rahman
04/12/2013 at 9:20 am
Login to Reply

Assalamualaikum Khairul,
No doubt Pak Posmen sure "fit" belaka di sana.
So unfortunate pengalaman K.Sham di sini is totally the opposite of yours.
There is no Pak Posmen only courier service.
And if you're really in need of any urgency.. baik cari "kabel" yg nak balik ke Tanah Malaya for it is much faster & safer.. and vise versa..
Well.. in my case.. alamat office Cik Asben la yg jadi mangsa. Itu pun dia terpaksa ambik personally brg di Post Office.
As I said, there is ni Pak Posmen di sini.
Maybe semua Pak & Minah Arab org di sini kaya2 thus jawatan Pak Posmen tidak layak diwujudkan.
Whatsoever laa kan kan..

You take care dik.. & keep on writing..



Khairul Abdullah
04/12/2013 at 11:09 am
Login to Reply

Waalaikumsalam Kak Sham,

Kat sini courier service pun saya panggil pak posmen lah. In fact diorang punya servis ni sama saja..terbaik dan sangat boleh diharap.

Mungkin lah kan..since semua orang kaya, maka takde org yg nak kerja kuli dan yg susah2 ni. Payah jugak macam tu eh ๐Ÿ™‚



mazmikh
04/12/2013 at 5:13 pm
Login to Reply

kalau begitu kuranglah kesesakan lalu lintas ya.. wah! satu info baru utk saya ni.. Tq En. KAโ€ฆ



    Khairul Abdullah
    04/12/2013 at 5:51 pm
    Login to Reply

    Pn. Mazni,

    Tak jugak kot, rasanya abang2 posmen bukanlah penyumbang utama kepada kesesakan lalulintas walaupun di malaysia sbb diorang bukannya ramai sangat pun. Bagi saya abg2 posmen lebih perlu diberikan keutamaan menaiki kenderaan sbb diorang menghantar amanah orang ๐Ÿ™‚

    Kat sini mmg kalau boleh diorang tanak naik kenderaan, sebab leceh nak parking dsb..jalan kaki n naik basikal lagi mudah.

Zarina Othman
05/12/2013 at 12:25 am
Login to Reply

Nice ๐Ÿ™‚
Semoga satu hari nanti berpeluang pergi ke German ๐Ÿ˜€
Di Montreal, tempat saya tinggal kini juga pak posmennye sangat cool dan reliable.
Pekerjaan macam ni takde bezanya dengan mereka yang kerja di ofis. Seems like semua kerja pun (ofis atau dijalan raya) nampak cool.

In fact, pak guard disini atau tukang membersihkan sampah atau driver bas menampak pekerjaan mereka itu satu profession,mereka tak nampak macam pekerja yang bergaji rendah. Sekalipun ye, mereka nampak sangat profesional dan bergaya.



eza
05/12/2013 at 3:34 am
Login to Reply

Salam, posmen pun smart bergaya …cantik la color dia. sungguh amanah org2 kat sana ye…kat sini hp tertinggal dalam masjid pun sekelip mata dah hilang..hahhaahha. KA saya berminat dgn statement KA “amat mudah mengesan samada seorang peniaga online itu penipu ataupun tidak”…kalu free nanti bg le tips ye..tq



    Khairul Abdullah
    05/12/2013 at 8:39 am
    Login to Reply

    Pn Haiza,

    Posmen kat sini banyak uniform, dipakai utk setiap keadaan dan cuaca. Saya rasa diorang ada sekurang2nya 5-6 jenis unform setiap orang utk dipakai pada setiap jenis keadaan, dari full winter jacket sehinggalah short dan t-shirt sahaja ๐Ÿ™‚

    InshaAllah nanti saya akan tulis tentang bagaimana nak shopping online dengan selamat.

Khairul Abdullah
05/12/2013 at 7:35 am
Login to Reply

@Zarina Othman InshaAllah mudah2an semoga Pn Zarina akan sampai ke sini suatu hari nanti. Aminnn.

Yer betul, di sini juga begitu, semua orang bekerja dengan professional. Pekerja binaan juga nampak sangat cool, dengan pakain lengkap dengan tools di pinggang dan safety helmet dsb. Nampak macam engineer pun ada, tetapi hanyalah pekerja binaan.



ruggedmom
06/12/2013 at 2:17 am
Login to Reply

best nya dapat pengalaman hidup di negara orang…negara maju pulak tu. Bilalah nak sampai agaknya?



    Khairul Abdullah
    07/12/2013 at 9:41 am
    Login to Reply

    InshaAllah mudah2an suatu hari nanti Ruggedmom akan sampai jugak. Aminnnn.

my name is lily
06/12/2013 at 10:33 am
Login to Reply

Salam en KA,

Terima kasih kerana berkongsi info ini dan saya tertarik dengan all the good side yg selalu dikongsikan dalam belog en KA tentang orang-orang Barat yang selalunya dikaitkan dengan benda-benda negatif.

Banyak contoh yang baik boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian kita sebenarnya.

It takes a civilized man to create a civilized community kan?

And i wonder how many Malaysian yang masih ada sifat-sifat gini….

๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    07/12/2013 at 9:52 am
    Login to Reply

    W’salam Pn. Lily,

    Bukanlah niat saya nak membanggakan dengan orang2 barat ni, tetapi macam yg saya katakan, mana yg baik kita ambik dan jadikan tauladan. Perangai diorang yg buruk pun banyak jugak tetapi tak perlulah kita ambik yg tu.

    Secara social dan moral, banyak perkara baik yg kita boleh ambil dari diorang ni. And very much agree that “it takes a civilized man to form a civilized comunity”

    Itulah masalahnya bila kita Malaysian, terutamanya Melayu dan beragama Islam tidak ada sifat2 begini, kalaupun ada amat sikit yang mempraktikkannya.

    Wallahualam.

zueyusof
07/12/2013 at 8:40 am
Login to Reply

Membaca post anda membuatkan saya rindu untuk pulang ke Jerman. “Pulang” kerana Jerman bagi saya bagai tanah air kedua (mein zweite Heimat). Hab’ ein schoenes Wochenende ๐Ÿ™‚ – rindu ucapan ni juga bila berbelanja di Aldi pada hari Sabtu. Di Malaysia, kalau cashier ucap terima kasih selepas kita membeli pun dah dikira bagus.. Hmmm



    Khairul Abdullah
    07/12/2013 at 9:56 am
    Login to Reply

    Puan Zue,

    Dengan kefasihan puan bercakap dan menulis dalam Deutsch, maka layaklah dipanggil Jerman ini sebagai rumah kedua.

    Saya juga pasti akan rindu ucapan2 tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti ๐Ÿ™‚

UmmiNaurah
19/12/2013 at 9:46 am
Login to Reply

Salam KA,

Selama ni jdi silent reader kt blog KA, hr ni tetiba lak terkomen…hehe..
very nice info, never thought that negara maju cm Germany still ada perkhidmatan cenggini…interesting! ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    19/12/2013 at 9:50 am
    Login to Reply

    W’salam Ummi,

    Terima kasih kerana menjadi silent reader blog saya selama ini. Dan terima kasih juga kerana komen pada kali ini ๐Ÿ™‚

    Perkhidmatan di negara maju adalah effisyen, tak kisah lah naik basikal, jalan kaki, atau keretapi..yang penting kecekapan perkhidmatan tersebut. Jadi itulah sebabnya mereka masih menggunakan basikal dan keretapi kerana ia menjadikan perkhidmatan mereka lebih cekap dan berkesan.

ladywindsor
19/12/2013 at 9:10 pm
Login to Reply

Saya baru nak berjinak-jinak beli barang online, tu pun barang asyik tak sampai sebab bila posmen dating, saya tiada di rumah. Bila dah lebih 14 hari, dihantar semula kepada pengirim..huhu.

Minggu lepas first time saya tengok postwomen hantar surat di tengah Bandar Auckland..kagum tengok sebab dia hantar surat berjalan kaki dengan menyandang dua beg besar di kiri dan kanan bahu..kat Malaysia rasanya tak ada postwomen kan..



    Khairul Abdullah
    01/01/2014 at 9:12 am
    Login to Reply

    LW,

    Sibuk bebenornya sampai jarang ada kat rumah. Sibuk makan angin ke laur negara yer? ๐Ÿ™‚

    Setakat ni tak pernah lagi saya tgk akak posmen kat Malaysia..tak tau lah kot2 sekarang ni dah ada.

Mohd Naz
21/12/2013 at 8:55 am
Login to Reply

Guten tag und Assalamualaikum Herr Khairul,
Ich hoffe, dass Sie kรถnnen รผber deutschland mehr schreiben.
hehe, sorry kalau grammar deutsch saya hancuss. sbb bru belajar A1 german. btw, post abang semua best2. Cam x sbr nak fly gi Deutschland nanti. InsyaAllah. Keep on posting about deutschland :). danke schรถn



Mohd Naz
21/12/2013 at 8:55 am
Login to Reply

Guten tag und Assalamualaikum Herr Khairul,
Ich hoffe, dass Sie kรถnnen รผber deutschland mehr schreiben.
hehe, sorry kalau grammar deutsch saya hancuss. sbb bru belajar A1 german. btw, post2 blog ni semua best2. Cam x sbr nak fly gi Deutschland nanti. InsyaAllah. Keep on posting about deutschland :). danke schรถn



Zin JJ Zin Kmol
22/12/2013 at 6:26 pm
Login to Reply

salam…lama tertinggal update mr KA…lets zumba!



mulan
27/12/2013 at 4:39 pm
Login to Reply

few times line phone telekom, gas & astro kena potong sebab bil tak sampai, few years ago.. makanya bayar online lah kami.. banyak surat penting jugak tak sampai2.. bandar kecik sepatutnya senang nak hantar..



    Khairul Abdullah
    27/12/2013 at 4:50 pm
    Login to Reply

    Haaa..tu lah pasal. Kdang2 benda2 penting mcm ni yg memerlukan perkhidmatan pos yang reliable. Kan dah bertambah kos kita apabila nak sambung semula semua perkhidmatan yg kena potong tu.

Muhammad Afif Mohammad Salleh
01/01/2014 at 4:51 am
Login to Reply

Seronok nya.. mudah membuat urusan kalau pihak pos yang begitu mudah cara nya..
Harap dapat rasa sendiri keadaan kehidupan di German suatu hari nanti ๐Ÿ˜€



Khairul Abdullah
01/01/2014 at 8:15 am
Login to Reply

@Muhammad Afif InshAllah semoga diberi peluang kepada anda utk merasa sendiri pengalaman tersebut suatu hari nanti.



Khairul Abdullah
01/01/2014 at 8:15 am
Login to Reply

@Mohd Naz Tengah study utk ke Jerman yer? Good luck and all the best to you ๐Ÿ™‚



Saiful Azim
30/09/2015 at 3:52 pm
Login to Reply

En KA, trm kasih byk tips drp anda esp musim sejuk. Saya dn anak bercadang nk pergi 28 dis 2015 ke frankfurt dn dgn kereta memandu hgga ke rome. 1 perkara yg saya risau ialah solat zohor dn asar. Klau belum check in hotel di mana anda cadangkn saya solat dgn doter? Masa pun suntuk sbb siang yg singkat ye.



Khairul Abdullah
30/09/2015 at 5:59 pm
Login to Reply

Encik Saiful, solat boleh di mana-mana sahaja. Kalau saya biasanya tengok tempat yang agak kurang orang di hentian rehat dan di kawasan parking. Biasanya di sebelah kereta, bukak pintu dan bentang sejadah. Selain itu, boleh juga google tengok mana2 masjid di sepanjang perjalanan. Kalau tuan dah buat itinerari maka lebih mudah utk tuan google dan cari masjid berdekatan laluan tuan tadi.

Ye musim sejuk waktu tuan pergi tu, nak solat kat luar sangat sejuk, kalau tahan bolehlah. Nak berwuduk juga sangat sukar ketika itu dengan sejuk yang melampau. Lepas tu siang pendek, zohor biasanya jam 12 tengahari dan asar sekitar 2.30 petang. Pukul 4.30 dah maghrib.

Semoga dipermudahkan untuk tuan dan anak. Aminn



Nur Intan Nadia
12/01/2016 at 8:50 am
Login to Reply

Salam En KA, saya nk tumpang tanya, di German ada tak company shipping to malaysia jika saya beli barang onlien macam comGateway, diorg provide kita address, so that kita boleh purcahse barang send to warehouse, then diorg send kepada kita di Malaysia. Harap dapat membantu saya ๐Ÿ™‚ ,terima kasih

NADIA



fifi
15/10/2016 at 2:17 pm
Login to Reply

maaf,sy nk tanya,adakah kita di benarkan post ubat-ubatan malaysia ke german untk kawan kita yg memerlukan ubat itu?sebab ade org kata,xboleh post ubat malaysia ke german,akan di saman.



    Khairul Abdullah
    15/10/2016 at 2:53 pm
    Login to Reply

    Ubatan biasanya akan ditahan oleh kastam. Surat akan dihantar kepada penerima mengatakan bahawa parcel yg mengandungi ubatan tersebut telah ditahan dan boleh hadir ke pejabat kastam untuk ambil. Kena bawak surat doktor (prescription) yang mengatakan pesakit memerlukan ubat tersebut. Dan ubat tersebut juga perlu ada detail bahan isikandungan, pengesahan, certification dan sebagainya. Kalau memenuhi syarat2 tadi maka barulah dibenarkan atau diberikan kepada penerima.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

ยฉ Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved