Saya dan Khaleef asyik berborak di dalam kereta. Baby tidur dan adik dia senyap sahaja. Dia yang jenis tak tidur dalam kereta sekarang ni dan akan bertanya saya beribu soalan.
“Daddy, mommy’s grave is behind that building right?” tanya dia sambil tunjuk ke arah PICC.
Memang benar, kubur mak dia di Presint 20 tu boleh kata kat area belakang PICC tu lah. Dia memang cam sangat kalau kami lalu situ.
Maka diluahkanlah pada saya pelbagai perasaan bila dia nampak kawasan tu. Ditanyanya kenapa orang lain ada mak, kenapa mak dia sakit, kenapa mak dia mati dan macam-macamlah, walaupun dah banyak kali sangat dia tanya pasal tu.
“I always miss my mommy, you know. I love her so much.”
“We all miss her and love her so much too.”
“Hmmm. Daddy, I want new mommy. Can you buy one for me?”
Ahhh dia mula dah.
Ada sekali tu dia kerap minta mak baru tetapi saya cakap nanti-nanti. Lama dah dia tak bertanya dan kali ini dia ungkit balik.
“Yes of course I can.”
“Daddy, I want a pretty one, ok? Promise, ok?”
“Errrr…”
“I want new mommy too, daddy. A pretty one, ok?” Khaleel pula menyampuk.
Amboiii, demand bukan main.
Korang ingat daddy korang ni hensem sangat ke nak cari mak yang lawa-lawa.
Haishhh.







Leave A Reply