Seorang ibu ingin pulang dan mendakap anaknya.
Sudah lebih 3 tahun beliau bertarung nyawa melawan sakit dan kini perlumbaannya hampir ke garisan penamat. Beliau ingin pulang dan beliau perlu pulang.
Pulang demi untuk menghabiskan sisa yang ada.
Pulang untuk mendakap anak kesayangannya yang berusia 4 tahun sambil menempuh hari-hari terakhir yang berbaki di dalam hidupnya.
Pastinya semua perkara-perkara lain yang menyulitkan hidupnya sudah menjadi tidak penting lagi. Beliau hanya ingin pulang dengan segera dan menikmati saat-saat manis dan berharga bersama keluarga yang beliau kasihi.
Namun, untuk pulang beliau perlukan sebuah katil yang selesa untuk menampung tubuhnya serta mengurangkan segala sakit di seluruh tubuhnya.
Beliau sesungguhnya tidak mampu. Sangat tidak mampu.
Demi untuk melunaskan kerinduan serta cinta seorang ibu kepada anak dan keluarganya, Tuan Iskandar Syah Ismail seorang yang sangat rapat dengan pesakit kanser di seluruh Malaysia sedang membuka tabung untuk membeli sebuah katil hospital buat beliau.
Anggaran RM4,000 diperlukan untuk membeli sebuah katil berserta tilam “ripple” yang lembut dan selesa dengan kadar segera.
Jika kalian ingin membantu, sumbangan derma seikhlasnya, mengikut kemampuan masing-masing, boleh disalurkan kepada akaun uncang katil hospital ini:
MAYBANK 5140 7562 5213
Nama Akaun: Iskandar Syah Ismail
Mohon maklumkan sumbangan untuk uncang #katil ini kepada Tuan Iskandar melalui Whatsapp: 019-2665157.
Sekiranya tiada kemampuan, kongsikanlah kisah ini agar mereka yang mampu dapat membantu.
Mudah-mudahan kita dapat mengumpul dana yang secukupnya dengan segera supaya kita boleh membeli katil hospital itu dan menghantarnya secepat mungkin.
Semoga Allah membalas budi baik kalian membantu pesakit ini dengan ganjaran pahala yang besar dan rezeki yang sentiasa bertambah.
Amin.







Leave A Reply