Ada di antara kalian yang nak buat amal pagi ini?
Rakan saya Tuan Iskandar Syah Ismail atau juga dikenali sebagai Dr. Red Bubbles yang selalu menghibur dan melayan kanak-kanak di hospital memerlukan bantuan kita semua.
Satu projek perpustakaan yang diusahakan beliau untuk anak-anak tanpa dokumen di negeri Sabah memerlukan sedikit lagi dana bagi merealisasikan projek tersebut.
Dana sebanyak RM10 ribu diperlukan dan lagi RM5 ribu sudahpun dikumpul. Tuan Iskandar akan memulakan projek ini minggu hadapan walaupun dana masih belum cukup.
Beliau akan mulakan dengan apa yang ada.
Namun jika ada teman-teman yang ingin menyumbang kepada projek perpustakaan ini, kalian masih boleh terus membantu dengan dua cara:
1. Sumbangkan dana untuk membeli buku-buku tambahan, bean bags, hamparan dan hiasan dinding.
Jika kalian ingin membantu, sumbangan derma seikhlasnya boleh disalurkan kepada akaun projek ini:
MAYBANK 5140 7562 5213
Nama Akaun: Iskandar Syah Ismail
Mohon maklumkan kepada beliau selepas itu melalui Whatsapp: 019-2665157.
2. Poskan buku kanak-kanak yang sesuai ke Cahaya Learning Centre. Kebanyakan anak-anak ini buta huruf, oleh kerana itu buku yang banyak gambar dan ilustrasi mungkin lebih sesuai.
Alamat Penghantaran: Pertubuhan Pendidikan Anak Cahaya Sabah, Bandar Ramai-Ramai, Block D, Lot 2, First Floor, Mile 1 1/2, Off Jalan Leila, 90000 Sandakan, Sabah.
Nama Penerima: Usman Ibrahim
No. Tel: 014 2047120
Marilah kita semua menyumbang semampunya samada seringgit atau sepuluh ringgit atau lebih mengikut kemampuan masing-masing. Nak derma buku pun bagus jugak.
Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki teman-teman yang membantu mendirikan sebuah perpustakaan untuk anak-anak miskin yang sangat dahagakan ilmu ini.
Amin.







Leave A Reply