Dulu zaman aku sekolah rendah bawak duit 20 sen, paling banyak 50 sen. Zaman sekarang ni paling sikit RM2 atau RM5 kan?
Namun tak semua bernasib baik, ramai murid yang tak bawa duit ke sekolah sebab tak mampu. Menahan perut berlapar melihat kawan-kawan lain makan dan beli barangan.
Cikgu-cikgu sekolah semua mesti tahu pasal ni kan?
Takpe, yang tak mampu tu jom kita pakat-pakat bantu.
Pertubuhan Inisiatif Naluri Kemanusiaan atau PINK Squad, sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar (PP-032-10-30032016) yang dikendalikan oleh Puan Pnut Syafinaz kini sedang mencari dana untuk Projek Wang Saku 2020.
Projek ini dah 5 tahun berjalan dan bertambah besar bila ada pertambahan sekolah kepada 15 buah di seluruh Malaysia dan juga pertambahan bilangan murid asnaf.
Pihak Pink Squad akan mengenalpasti murid yang layak melalui bantuan guru-guru sekolah dan mereka akan diberi wang saku harian antara RM2 – RM5 untuk sekolah rendah dan menengah.
Sekolah rendah biasanya ada sekitar 30 penerima dan sekolah menengah pula antara 15-20 penerima. Jadi kos yang besar diperlukan setiap bulan untuk memberi wang saku kepada murid-murid asnaf ini agar mereka juga dapat berbelanja seperti murid-murid lain.
Oleh itu kita semua dialu-alukan untuk membantu dan menyumbang di dalam projek ini. Tiada jumlah yang ditetapkan, ikut kadar kemampuan masing-masing, namun disarankan agar menyumbang secara tetap setiap bulan sehingga Disember 2020 nanti agar murid-murid dapat menerima wang saku secara konsisten.
Bagi yang berminat untuk sama-sama bersedekah dan menginfakkan sekelumit harta untuk projek ini, boleh klik dan isi borang di bawah.
Selepas isi borang, nanti awal bulan Januari, pihak Pink Squad akan kemas kini rekod dan akan letakkan penyumbang dalam group sekolah dan sukarelawan akan hubungi anda.
Jomlah kita semua sama-sama membantu. Kongsikan juga pada kawan-kawan lain semua agar turut sama menyumbang dan beroleh manfaat.
Semoga sumbangan ini akan menjadi sebahagian dari saham akhirat kita nanti. InshaAllah.
#SuperDaddy
#PINKSquad
#ProjekWangSaku2020
Kredit gambar: Cikgu Rafidah, SMK Merbok, gambaran macam mana cikgu agihkan wang saku pada murid-murid.







Leave A Reply