Abam ada rahsia nak bagitau untuk korang yang kecik-kecik atau yang comel serta handsome seperti abam. Rahsia abam ini boleh ditiru namun hanyalah untuk mereka yang berketinggian sekitar 165cm dengan berat tidak melebihi 65kg sahaja.
Kalau korang nak jimat duit untuk beli pakaian, buat macam abam dimana abam sebenarnya shopping pakaian di bahagian kanak-kanak. Korang jangan pegi kedai baju kanak-kanak tu pulak.
Pergi lah ke butik pakaian seperti H&M, Zara, GAP, Uniqlo, Adidas, Nike dan sebagainya tu dan langsung ke bahagian kanak-kanak. Kalau korang beli seluar jeans contohnya dengan design yang hampir sama di bahagian lelaki harganya RM149 tetapi kalau di bahagian kanak-kanak baru RM79. Separuh harga beb.
Dulu di Jerman memang abam kerap shopping macam ni. Beli jersi bola pun separuh harga kat Adidas, Puma atau Nike. Jersi dewasa €89 tetapi jersi yang sama tetapi saiz kanak-kanak baru €49. Kat H&M paling best sebab design untuk kanak-kanak dia agak stylish dan banyak saiz besar.
Balik sini pun abam shopping baju seluar kat bahagian kanak-kanak juga. Hari tu abam beli jeans RM49 sahaja dan bila tengok kat bahagian lelaki jeans dengan design yang sama harganya RM119. Cuma korang kena cari dan dapatkan saiz paling besarlah.
Namun kalau perut korang jenis yang kedepan maka tak payah berangan lah. Tapi kalau slim dan sikpek macam abam korang boleh cuba.
Walaupun berjimat beli pakaian di bahagian kanak-kanak, abam tetap stylo.







Leave A Reply