Esok cuti Maulidur Rasul.
Apa yang korang dapat setiap kali cuti hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ini?
Tidur extra time? Tengok tv? Tengok wayang?
Apa kata sempena cuti begini kita sebagai lelaki lihat balik ke’macho’an kita sebagai seorang suami. Baguskah kita, sebagus Rasulullah di dalam menjalankan tangungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Nabi adalah seorang suami yang paling baik, jadi itulah contoh atau “benchmark” untuk kita ukur kebaikan kita di dalam mengurus rumahtangga.
Nabi adalah seorang yang sangat rajin melakukan kerja-kerja dan membantu isterinya di rumah. Semua orang tahu pasal ni. Baginda adalah seorang “family man” yang sentiasa membantu dan meringankan urusan rumahtangganya.
Itu Nabi.
Kita ni takkan nak tolong cuci pinggan kat sinki tak boleh? Takkan nak tolong jemur kain baju tak boleh? Takkan nak tolong vakum dan mop lantai tak boleh?
Takkan nak kena suruh baru nak buat?
Kita lelaki ni tak suka disuruh-suruh, apatah lagi oleh isteri. Isteri pun tak suka nak suruh-suruh dan arahkan suami dia. Nanti kita kata kena queen control pulak. Jadi kita sendiri mau ingatlah.
Rumah tu kita sama-sama duduk. Anak-anak tu bukan anak dia, anak kita jugak. Sama-sama besarkan. Tolonglah tukarkan lampin, tolonglah buatkan susu.
Bukan suruh mengandung dan beranak pun. Itu kerja berat, orang perempuan boleh buat. Diorang power. Kita lelaki buat kerja ringan-ringan sudah.
Masak untuk anak bini contohnya, kerja ringan kot. Tak sakit pun. Cuma sakit hati kalau masak tak sedap, tu jer. Tapi kalau kau selalu masuk dapur inshaAllah selepas beberapa siri masakan yang masin pahit kelat tu pasti akan datang sedapnya.
Kemas rumah pun kerja ringan jer. Vakum tu tak menyakitkan pun. Mungkin ada bingit sikit lah, tapi tak sakit. Boleh vakum sambil layan Whatsapp kot. Lepas tu sambung mop pulak.
Dari kita habiskan masa tengok tv, baik kau buat kerja rumah. Ringankan beban isteri dan bahagiakan dia. Pahala berlipat kali ganda woih.
Kata kita sayang Rasulullah. Kata kita nak ikut sunnah dia. Habis yang terbongkang depan tv tu ikut apa?
Jomlah wahai lelaki semua.
Ikut contoh Rasulullah SAW di hari kelahiran baginda ini.
Kalau tak boleh buat semua, tahun ni kita mulakan dengan satu perkara dahulu. Tahun ni kita pakat-pakat buat kerja bersih membersih dahulu. Vakum, mop dan cuci bilik air.
Tahun depan kita tambah lagi satu, kita start masuk dapur pulak. Tahun lagi satu kita upgrade lagi skill dan seterusnya.
Barulah kita ni suami yang hebat.
Semoga dengan cuti Maulidur Rasul setiap tahun, ada satu sifat yang kita ambil dan amalkan di dalam kehidupan berumahtangga kita.
Semoga cuti esok tidak berlalu dengan sia-sia buat kita semua.
KHAIRUL ABDULLAH
#superdaddyberpesan







Leave A Reply