• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Redha

08/08/2018

Mungkin rezeki saya untuk meneman isteri sehingga ke hujung nyawa.

Ketika tetamu masih ramai beratur untuk berziarah, saya dipanggil masuk seketika ke dalam bilik ICU.  Saya hentikan lawatan dan mohon diberikan masa sekejap buat saya bersama isteri.

Di ketika itu juga masa seakan terhenti.

Saya pegang dan belai tangannya yang dirasakan semakin kaku, sejuk dan kebiruan.  Saya bisikkan shahadah di telinganya dan saya mohon semoga Allah permudahkan untuknya.

Saya bercerita saat kami mula bertemu dan saat-saat kedukaan dan kebahagian kami.  Saya katakan yang saya amat mencintainya.

Saya berjanji yang akan menjaga amanahnya dan anak-anaknya.  Saya akan berikan yang terbaik seperti yang dimahunya.

Saya mohon maaf atas semua kesilapan yang saya lakukan selama hampir 20 tahun kami bersama dari zaman bercinta hingga ke alam berumahtangga.

Saya juga maafkan segalanya, saya halalkan segalanya.  Saya doakan agar kami diketemukan lagi.

Akhirnya saya ucapkan selamat tinggal.

“I sayang you sangat-sangat.  Anak-anak sangat rindukan you, I juga sangat rindukan you.”

“Tapi I redha dan pasrah.  I kena lepaskan you pergi.”

“Pergilah sayang, pergilah.  Jangan risaukan kami.”

“Selamat tinggal sayang, selamat tinggal” bisik saya dalam penuh getar dan esakan.

Suasana senyap dan kaku.

Dada saya bagaikan ingin meletup.

Alarm monitor berbunyi tiba-tiba dan di skrin, garisan rata (flatline) muncul dengan bunyi beep yang panjang.  Seperti sahaja adegan di dalam sebuah drama tv atau filem.

Dia telah pun pergi mengadap Tuhannya.

Saya hilang.

Tenggelam dalam nostalgia lalu serta bayangan tiga anak kecil yang sedang menunggu ibunya.

.

Share

Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved