Ada 2 benda yang kena ejas bagi betul untuk buat mee megi korang sedap. Itulah rahsia kesedapannya.
Pertama, sukatan air. Kedua, tempoh merebus mee. Dua benda ni kena jaga. Air terlebih, kuah dah tak padu. Air terkurang, kuah dah masin lain macam.
Kedua, tempoh mee berendam. Rebus mee terlalu lama dia dah jadi kembang, siap kembang tekak kita yang nak makan. Rebus sekejap sangat dah jadi macam Mamee pulak, rangup semacam.
Nak cantik dan sedap macam dalam gambar korang buat gini.
Resepi Megi Kari Ala SuperDaddy.
1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. Lepas tu masukkan air 2 cawan atau 360ml sahaja. Sahaja okeh, jangan lebih atau kurang. Kalau takde cawan yang guna untuk ukur bahan masak tu boleh guna cawan teh atau kopi. Jangan guna mug, itu bukan cawan.
2. Bila air dah mendidih, masukkan perencah. Kacau 5 pusingan dan terus terjunkan mee megi tadi. Kira sampai 60 atau seminit lalu terus angkat megi sahaja dan masukkan ke dalam mangkuk yang korang nak guna untuk bersantap kejap lagi.
3. Lepas tu tinggal kuah sahajalah. Waktu ni lah korang terjunkan udang (kalau ada) dan telur. Telur tu kalau nak best korang asingkan dulu putih dan kuning. Luncurkan si putih dahulu dan kacau laju-laju biar punah, biar hancur (baca macam Dian Sastrowordoyo bersajak dalam AADC).
4. Lepas tu barulah masukkan kuning telur tadi dan biar seketika. Bila kuis telur kuning tu dia macam kenyal dan bergoyang maka kira ok dah tu. Jangan lama nanti dia keras, kita nak dia bergoyang Inul. Cair di mulut.
5. Lepas tu ceduk telur kuning dengan hati hati dan letakkan atas megi. Lepas tu baru terus siram kuah tadi sampai habis. Lepas tu hiaslah cantik-cantik. Letak daun bawang, bawang goreng, cili potong dan hirisan limau. Benda cantik ni memang akan tambah sedap dia.
Haa, balik kerja karang singgah kedai beli megi kari dengan segera.
#ResepiSuperDaddy







Leave A Reply