
Tadi kami breakfast pancake.
Hujung minggu anak-anak selalu request nak makan benda alah ni. Biasanya makan dengan maple syrup atau chocolate syrup berserta butter.
Feeling omputih kemain.
Banyak kali dah saya share resepi pancake ni. Namun akan selalu juga yang akan tanya balik. Nah saya tulis sekali lagi resepi penkek mudah oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja
1 sudu gula.
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu butter yang telah dicairkan
1 sude kecil esen vanilla jika ada
Cara nak buat dia:
1. Campur semua bahan dan kacau sebati.
2. Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil.
3. Sendukkan bancuhan ke dalam kuali dan biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.
Siap.
Tempoh penyediaan dia ni sekitar 10 minit sahaja dah siap. Bancuhan tersebut dapat sekitar 6-7 biji penkek bergantung kepada saiz.
Cubalah bagi mereka yang belum.







Leave A Reply