• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Rindu Jepun

15/04/2016

Beberapa hari lepas ketika pulang dari pejabat pos menghantar pesanan buku oleh para pembaca, abang singgah di sebuah kedai/pasaraya untuk membeli susu untuk Khaleel.

Seperti biasa, abang akan masuk sambil memandang juruwang dan mengukir senyuman ala-ala nak mengorat terlebih dahulu sebelum mencari barangan yang hendak dibeli. Kalau dia menoleh maka abang akan bagi salam, kalau tak abang masuk buat bodo saja.

Namun ketika melangkah masuk, juruwang terus menoleh ke arah abang dan mengucapkan “Selamat Datang”, padahal ketika itu beliau sedang sibuk scan barang-barang 3 orang pelanggan yang sedang beratur.

Abang terkesima seketika. Ia merupakan pengalaman baru di pasaraya ini buat abang. Bila diamati kembali, ini bukan juruwang yang biasa tu, orang lain ni. Getus hati abang.

Abang pun terus menuju ke bahagian kanak-kanak untuk mengambil susu sambil menjelajah rak-rak lain kot-kot ada barang lain yang nak dibeli. Namun hanya susu sahaja yang abang ingat jadi terus sahaja kembali ke kaunter pembayaran untuk beratur.

Nasib abang baik, pelanggan lain sudah tiada dan hanya abang seorang sahaja. Sesampai di kaunter dan meletakkan barang, gadis tadi tersenyum dan bertanya kepada abang.

“Hanya satu barang yer encik?”

“Yer satu sahaja” jawab abang kembali.

“Susu ini nombor satu dan untuk anak umur 0-12 bulan yer?” tanya beliau lagi.

“Yer betul dik” jawab abang sambil mengukir senyum.

“Semuanya RM29.00 yer” ujar beliau sesudah scan susu tadi.

Abang pun mengeluarkan wang kertas RM10 sebanyak 3 keping lalu menghulurkan padanya. Beliau menerima wang tersebut dengan kedua-dua belah tangannya dengan penuh adab.

“RM10 tiga keping jadi semuanya RM30 yer?” tanya beliau bagi memastikan jumlah yang dipegangnya itu betul.

“Yer betul” jawab abang kembali.

Beliau pun menekan-nekan kekunci mesin wang di hadapannya lalu memasukkan 3 keping not RM10 tadi dan mengeluarkan RM1 darinya. Sambil memegang duit tadi bersama sekeping resit dengan kedua-dua belah tangannya dan menyerahkan kepada abang.

“Bakinya RM1 yer. Betul kan?”

“Yer betul dik” balas abang sambil menerima baki tersebut dan memasukkannya ke dalam dompet.

“Terima kasih encik, datang lagi yer?” tambah beliau lagi.

“Sama-sama, esok saya datang lagi” balas abang dengan senyuman yang paling menawan.

Abang pun berjalan menuju ke kereta sambil tersenyum.

“Fuhh, bukan main beradab dan bersopan santun adik cashier ni, mana pergi adik yang sebelum ni yer? Dah berhenti kot, ker dah kena berhenti kerja gamaknya.”

“Mana taknya, pekerja sebelum ni setiap kali kita nak bayar, dia asyik bersembang jer dengan pekerja lain. Kita bagi duit pun tak dipandangnya, pulangkan baki pun tak pandang kita, main hulur sebelah tangan sahaja”

“Kita cakap terima kasih pun dia buat derkkkk jer” mengomel abang di dalam hati seorang diri.

“Baik adik yang baru ni. Macam di Jepun lah dia buat kerja tadi tu” getus hati abang yang kekaguman. Sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

Masuk sahaja kereta dan start sahaja enjin, “hek hek hek hek, bunyinya” dan di saat itu juga dengar suara isteri saya memanggil. “Yanggg, bangunnn…Khaleef nangis tu” katanya.

Hek hek hek, kedengaran Khaleef merengek.

Adoiiiii, abang bermimpi rupanya.
.
.
.
.
.
.

Ada tak cashier yang macam dalam mimpi abang tu kat tempat awak?

ENTAHLAH..Abang Dont Know.

Kalau ada abang nak gi beli barang kat situ.
Rindu Jepun nih!

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved