• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Rindu. Selamanya

11/12/2018

“Assalamualaikum yang, I datang ni.”

Senyap dan sunyi.

Rumput-rumput liar dicabut-cabut, batu-batu kecil dan pasir halus di atas pusaranya dikuis-kuis.  Hanya air mata mengalir laju bersama esakan kecil.

“Yang…I love you so much.  So so much.”

“Demi Allah yang, I rindu you sangat-sangat.  Tak tertahan rasanya.  Takde satu hari pun yang I tak pernah ingat atau fikir pasal you.  Setiap hari I rindu.”

“Maafkan I kerana semasa hidup I jarang cakap yang I sayang dan rindu you.  I mengharapkan you faham melalui perbuatan sahaja yang sememangnya tak memadai.”

“Tak cukup yang”

“Sepatutnya I lebih banyak luahkan perasaan kasih dan sayang I pada you melalui ucapan dan kata-kata.  Tetapi tidak, I simpan semua, hanya sesekali bila terasa.”

“Namun sekarang ni dah terlewat.  Bagai hendak meletup dada ini yang.  Banyak sangat perasaan kasih sayang dan rindu yang nak I ucapkan pada you.  Berjuta kali pun I sanggup yang, I sanggup.”

“I wish you can hear me…”

“I really wish you can hear me…”

“I love you and I terribly miss you.”

Jeda.

“Ya Allah, kau sampaikanlah rasa cinta, kasih dan rindu ini pada isteriku.  Kau ampunilah segala dosa dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu.

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui dia.  Kau redakanlah kerinduanku dan kau lapangkanlah dadaku.

Ya Allah, Sesungguhnya anak-anak sangat berduka di dalam merindui sosok ibu mereka.  Kau redakanlah dan kurniakanlah kebahagiaan dan kegembiraan buat mereka.

Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan hidup tanpa dia.  Kau bukalah jalan dan permudahkanlah untuk aku membesarkan anak-anak dia.

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aminn, Ya Robbal Al Amin.

Perkenankanlah doa-doa kami.”

Jeda.

Kita selalunya akan lebih menghargai sesuatu yang telah tiada.  Yang telah hilang atau diambil dari kita.  Sudah terlewat ketika itu.  Masa tidak akan berputar kembali.

Hanya mampu menangis dan merindu.

Kerinduan pula adalah suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan.  Setiap kali ia datang, hati terasa bagai dirobek-robek dan tinggallah ruang-ruang kosong yang tak bisa diisi dan dipenuhi.

Benar, hidup perlu diteruskan.

Akan tetapi, rindu tidak akan pernah padam.

Selamanya.

#diairiseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved