
“Eh, anak-anak macamana?”
“Dah discharge semalam Prof, tetapi pagi ni sorang lagi ke emergency pulak.”
“Habis you buat apa kat sini? Siapa hantar anak ke hospital?”
Terus dia suruh aku keluar kelas, kesihatan anak lebih penting kata dia. Classmate aku pun suruh aku blah, diorang akan cover aku. Maka bergegaslah aku ke hospital.
Pagi tadi sebelum ke kelas aku dah susah hati, Khaleef muntah lagi. Dari semalam dia demam dan muntah, namun takde cirit.
Aku ni baru jer bawak adik dia balik rumah selepas hampir 5 hari di hospital. Sebelum tu dia sendiri dengan baby dah 3 hari di hospital. Tiba-tiba sakit pulak lagi. Kesian anak-anak aku.
Aku telefon adik, minta tolong dia bawa Khaleef ke hospital segera dan upadate aku. Aku kena hadir kelas, ada submission, ada presentation. Aku memandu ke universiti dengan genangan airmata, mengenang ujian yang aku kena hadapi lagi ni.
Sampai hospital, sah dia kena rotavirus, lengkaplah ketiga-tiganya dah kena. Baru jer aku keluar hospital semalam selepas 8 hari berkampung now dah check-in balik. Kesian Khaleef, weekend lepas dah admit, hari ni admit lagi.
Letih kau.
Mujur mak aku belum balik lagi. Semalam dia cakap taknak balik selagi cucu dia belum betul-betul sembuh.
Lega aku, walaupun letih ya amat.
Tapi kan, berkat doa korang, aku terus jadi steady dan kekal kacak.
Aku dah top-up Grab Wallet dan dah terbayang adik GrabFood dengan beg hijau dia yang cuba menggemukkan aku.
Sekian.







Leave A Reply