Asyik-asyik mak jer yang masak kan, apa kata esok ayah pula yang buat breakfast untuk anak-anak. Kalau taknak breakfast, untuk minum petang pun boleh.
Okeh para ayah sekalian, jom belajar masak Roti Gulung Sosej dengan SuperDaddy Khairul Abdullah. Mudah sangat ni.
Untuk projek kali ini, bahan-bahan dia:
1 keping roti putih untuk buat breadcrumb. Kalau dah ada breadcrumb maka abaikan. Tanya wife kalau tak tau benda alah breadcrumb tu apa.
5 keping roti putih
5 batang sosej
1 biji telur
Garam dan lada untuk perisa.
Cara laksanakan projek ini:
# Bagi yang dah ada breadcrumb, skip langkah 1 okeh.
1. Mula sekali potong roti putih bentuk kiub kecil dan goreng tanpa minyak sampai rangup dan keperangan lalu angkat. Masukkan dalam blender dan hancurkan. Atau boleh tumbuk. Aku tumbuk jer lepas masukkan dalam piring.
2. Pecah dan pukul telur dengan garam dan lada dan masukkan dalam piring.
3. Lenyekkan roti dengan roller pin atau dengan botol atau dengan apa sahaja asalkan roti putih tu leper. Lepas tu letak sosej dan gulungkan. Kalau ada cheese keping tu gulunglah sekali. Hujung roti bila habis gulung tu sapukan telur agar dia melekat.
4. Golekkan roti yang dah digulung dalam telur dan kemudian golekkan pula dalam serbuk roti.
5. Goreng sampai keperangan.
Jangan kata anak, mak ayah pun suka benda ni.
Itu bahan-bahan dia. Roti, telur dan breadcrumb
Aku tumbuk jer roti yang dah digoreng tadi dalam bekas. Malas nak blend dan malas nak masuk dalam lesung batu.
Cari roller pin tak jumpa, aku belasah jer botol yang ada. Asalkan roti leper.
Pastikan alignmnet dia betul yer. Takut jauh pergi dia nanti. Kalau ada cheese keping tu boleh gulung sekali. Aku takde, bebudak ni ratah habis.
Kat hujung tu sapu telur sikit, macam gam lah.
Nampak, cun tu dia punya gulung.
Golekkan dalam telur biar sekata.
Beginilah kejadiannya selepas golek dalam breadcrumb. Dah siap untuk digoreng.
Susun cantik-cantik dalam kuali dan gorenglah. Api jangan kuat sangat, kang cepat rentung.
Dah siap. Hidangkan dengan cantik agar nampak sedap dan lebih berselera.
Gituuu. Mudah kan?
Siap dan hidangkan.
Semoga bapak-bapak semua dapat belajar dan buatkan untuk anak-anak sempena PKP ni.
Biar anak-anak rasa kagum dengan korang pulak yer.
Cubalah.







Leave A Reply