MASIH PANAS
![]() |
| KASE – Pengerusi KASE memberikan penerangan mengenai saman ekor |
Hari ini kecoh di internet berikutan satu video klip dari youtube berkaitan saman yang perlu dibayar sebelum di senaraihitamkan olej JPJ. Kata mereka dari KASE (Kempen Anti Saman Ekor) berserta dokumen bukti dari Akta Pengangkutan Jalan yang saman yang dikeluarkan sebelum Februari 2011 adalah tidak sah!
Saya adalah salah seorang pemegang rekod saman ekor, mungkin ada 14 lagi yang saya tidak jelaskan (dari tahun 2003-2005) kerana saman itu tidak sampai ke tangan saya dan saya tidak pasti samada saya betul-betul melakukan kesalahan tersebut. Saya hanya tahu apabila menyemak melalui internet dan terdapat 14 saman tersebut (11 saman melebihi hadlaju dan 3 saman lain). Saya dah malas nak beratur panjang…nanti kalau kena “blacklist” saya bayar lah. Beberapa tahun dulu saya pernah beratur di depan balai polis seksyen 11 shah alam sedari jam 4.30 pagi dan hampir jam 10.00 pagi baru dapat buat bayaran. Tahun ni tak mau lah beratur lagi. Jadi saya pun tak bayar lah.
Berbalik kepada videoklip tadi dan penjelasan yang diberikan…agak jelas yang saman ekor ini adalah tidak sah di sisi undang-undang (sebelum tahun 2011) sebelum dipinda dan diluluskan pada awal Februari 2011 yang lepas, barulah saman tersebut dikira sah.
Beberapa kes mengenai saman ekor ini sedang dibicarakan di mahkamah dan satu kes telah diputuskan di Kuching yang menyatakan tindakan jpj dan polis menyaman dan menyenaraihitamkan individu tersebut adalah SALAH.
Sila lihat dan dengar videoklip ini dengan teliti. (Saya bukan penyokong politik dan bukan pro mana2 parti)
Adakah hujah yang diberikan itu tepat? ENTAHLAH…anda putuskan sendiri. Yang pastinya, saya tidak bayar saman ekor, kecuali saman yang ditandatangani sendiri oleh saya.
Nota: Khabarnya sehari dua ni kawan-kawan kat JPJ sibuk sangat keluar masuk bilik mesyuarat membincangkan hal ini.








Leave A Reply