• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sampah Import

03/05/2017

Sweden terpaksa mengimport masuk sampah ke dalam negaranya kerana sampah yang diorang ada tak cukup.  Pelik pulak bunyinya kan?

Sebuah negara maju yang sangat mementingkan kitar semula, Sweden kini telah hampir kehabisan sampah-sarapnya untuk digunakan kembali.  Semua pusat longgokan atau pembuangan sampah sudah dikorek, semua timbunan yang ada di seluruh negara sudah habis digunakan.

Bermula dari tahun 2011, hanya satu peratus (1%) daripada sampah atau sisa domestik yang dibuang oleh setiap isirumah.  Ibaratkan ada 3 tong sampah di rumah anda, hanya segumpal kertas sahaja yang dibuang ke dalam tong besar kemudian diangkut oleh lori dan dihantar ke pusat pelupusan sampah.  Selebihnya diasingkan dan dikitar semula oleh setiap penduduk di rumah masing-masing.

Tenaga elektrik dan pemanasan di rumah-rumah menggunakan teknologi hasil dari pembakaran sampah.  Oleh itu, kalau tiada sampah yang dibakar maka tiada juga tenaga yang boleh dihasilkan bagi memanaskan rumah-rumah di Sweden.

Jadi nak tak nak diorang kena import sampah dari negara jiran terutama dari Norway dan juga Britain.

Payah juga jadi orang Sweden ni yer.

Sudahlah jenis pembersih, tak buang sampah merata-rata, lepas tu jumpa sampah diorang kutip dan asingkan pula ikut jenis.  Bila dah asingkan maka sampah tadi dikitar semula.  Dah tu, sampah dah tak ada, diorang juga susah hati.

Lepas tu, rugi juga anak cucu diorang ni tak pernah tengok longgok sampah.  Mesti tak pernah bau busuk sampah dan busuk lori sampah tu macamana.  Silap-silap lipas dan tikus pun diorang tak kenal kan?

Kesian.

Kita beruntung.

Sampah kita terlebih-lebih.  Segenap ceruk kau pergi pasti jumpa sampah.  Samada puntung rokok atau pembalut gula-gula atau coklat, tisu, plastik, kotak rokok dan juga lampin pakai buang boleh dijumpa di mana sahaja.
.
.
Nak baca sampai habis?
.
Dapatkan naskah Untunglah Malaysia Masih Aman berserta tandatangan penulis di order form berikut: https://goo.gl/forms/GaHyTRUNbl48uETl2
.
#sneakpeek
#untunglahmalaysiamasihaman
#khairulabdullah

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved