• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Santuni Mualaf – Hidayah Centre Foundation (HCF) Kedah

15/07/2020

Sebak pula saya baca kisah ni.  Kalian bacalah.

***

Nama saya Hafiz Lee.  Saya berasal dari Jitra Kedah.  Tahun 2020 ni, sudah masuk 5 tahun saya peluk agama Islam.  Cuma hari ini saya menyesal.

“Kenapa saya tak peluk agama suci ini lebih awal lagi?”

Saya teringat detik ketika saya masih belum Islam.  Waktu tu saya masih remaja lagi, umur masih belasan tahun.  Hati saya selalu terasa lunak dan lembut bila sahaja terdengar laungan azan di TV3.  Merdu sekali.

Muzik apakah ini ?  Saya tertanya-tanya.

Dari maklumat rakan-rakan Melayu saya, barulah saya tahu itu adalah sebahagian dari agama Islam.  Menarik.  Namun saya tak berusaha untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam.  Sehinggalah beberapa tahun kemudian…

Saya bekerja di sebuah syarikat dan saya berkawan baik dengan Ridhwan.  Ridhwan ini lain dari rakan Melayu yang saya kenal sebelum ini.  Beliau sentiasa berzikir sebut Subhanallah, Alhamdulillah.  Dia selalu cerita tentang Islam.  Rukun iman, rukun Islam.  Kisah kebaikan nabi dan sahabat-sahabat.  Dia bukan sekadar bercakap sahaja.  Akhlaknya pun bagus.  Sangat berdisplin waktu bekerja.

Terkesan dengan akhlak dia, saya rasa segan.  Saya cuba mendalami Islam.  Saya berusaha untuk tidak minum arak, tidak makan babi.  Saya juga pernah cuba berpuasa dengan Ridhwan.  Banyak kali saya putus asa.  Memang susah kerana saya memang dah biasa dengan semua itu.  Tetapi saya ingin berubah!

Entah kenapa, satu hari dia tanya, “Lee, jom masuk Islam.”

Sangkaan saya, dia sedang bergurau.  Saya pun respon untuk melayan gurauan dia, “Jom.  Boleh juga.  Apa perlu saya buat?”

Tapi dia serius rupanya.  Saya pun tanya kembali, kali ini saya pun serius.  Mungkin, Allah telah lunakkan pintu hati saya waktu ini, “Apa yang perlu saya buat untuk masuk Islam?”

Siapa sangka dari pertanyaan yang ringkas tu, beberapa hari kemudian selepas beberapa jam berlatih, saya mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh dua orang sahabat.  Salah seorangnya ialah Ridhwan.  Sebak.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang.

Selepas masuk Islam, Allah telah permudahkan segala urusan saya dalam ibadah.  Dahulu saya susah nak tinggalkan minum arak dan makan babi.  Susah nak berpuasa.  Sebut bacaan Al Quran sangat susah.  Lidah saya pelat ma.  Namun selepas masuk Islam, tiba-tiba boleh pula tinggalkan semua perkara haram itu walaupun pada awalnya sangat susah.  Dan boleh pula menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadan.

Alhamdulillah Alhamdulillah.

Atas dasar sayangkan agama Islam ini, kini saya bekerja separuh masa bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) Kedah.  Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam mendekati dan menyantuni mualaf juga sebagai pusat rujukan orang bukan Islam untuk mengetahui lebih lagi mengenai agama Islam.

Dulu saya disantuni, sekarang saya pula ingin menyantuni para mualaf dan orang bukan Islam.  Saya pernah merasai kesusahan mereka, saya pernah mengalaminya.

Sebenarnya ramai masyarakat bukan Islam di Malaysia ini tertarik dengan agama Islam, cumanya tidak ramai pendakwah yang berani untuk mendekati dan menyantuni mereka.

HCF telah menyantuni ribuan mualaf di seluruh Malaysia dalam aspek kelas pengajian, tenaga pengajar, pembinaan surau, bantuan mualaf miskin dan mualaf dalam kesusahan.  HCF telah membelanjakan lebih RM2 juta setahun bagi meneruskan usaha-usaha dakwah ini.

Sesungguhnya dakwah kepada orang bukan Islam & menyantuni mualaf yang baru masuk Islam ini adalah kewajipan kita semua.

Untuk bergerak terus aktif dalam medan dakwah HCF memerlukan dana yg stabil.

Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah kami.  InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Jom bersama berkongsi pahala dengan HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.  Boleh juga menyumbang wakaf keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala akan terus mengalir, insyaAllah.  Sahabat-sahabat boleh buat simbangan melalui:

Bank : MAYBANK
Nama : TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
No. Akaun : 5622 0962 4421

Email : hidayahcentrefoundation.hcf@gmail.com

P/S : Tolong sebarkan mesej ni pada yang lain juga ya.  Saya percaya mereka yang sebarkan ataupun share kutipan ni pun insyaAllah dikira menyumbang juga di sisi Allah.  Aminn.

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved