• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Saya Anak Pungut

08/02/2011
Anak Pungut – Bayi pertama yang ditinggalkan di Baby Hatch, Petaling Jaya

“Bah..betulkah saya ni anak pungut?” kawan-kawan kata abah dengan mak jumpa saya tepi longkang, dekat dengan tong sampah..betulkah bah?. Ish..macamana saya nak jawab soalan tersebut yer? Perlukah saya berterus terang ataupun memberi jawapan lain dengan berbohong mengatakan yang beliau ialah anak saya.

Itulah yang sering saya fikirkan..sekiranya saya berjumpa dan memelihara bayi yang dibiarkan ditepi jalan ataupun di hadapan pintu rumah saya. 10 tahun kemudian, anak tersebut mula bertanyakan kepada saya setelah beliau mendapati yang rupa parasnya tidak langsung seakan-akan dengan saya maupun isteri saya. Saya beranggapan itulah perkara yang paling sukar untuk dihadapi oleh pasangan yang memelihara anak angkat. Bagaimanakah permasalahan tersebut diselesaikan oleh mereka.

Saya selalu berharap akan mempunyai cahaya mata satu hari nanti. Saya bercita-cita untuk mempunyai ramai anak, kalau boleh 6 orang. Tapi hajat belum kesampaian, setelah 6 tahun berkahwin masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Usaha telah dilakukan, doktor pakar mengatakan yang kami berdua normal dari segi kesuburan dan sebagainya. Namun setelah beberapa prosedur seperti IUI dilakukan, rezeki masih belum ada. Insyaallah nanti bila dah reeki ada la tu…kata kawan-kawan rapat. Insyaallah…

Namun saya agak kecewa melihat bayi-bayi yang dibuang kebelakangan ini. Saya selalu berdoa agar bayi tersebut dijumpai oleh saya ataupun ditinggalkan di hadapan pintu rumah saya.

Kalau ada sesiapa yang tak mahukan bayi tersebut…tolonglah letak di hadapan pintu rumah saya. Insyaallah..anak tersebut akan saya jaga dengan baik. Kalau anda meninggalkan butiran anda, pasti saya akan senang menjawab nanti apabila anak tersebut telah dewasa, siapakah ibu atau ayah mereka yang sebenar.

Adakah akan ada bayi yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah saya? ENTAHLAH…saya cuma berharap.

anak angkatanak pungutbayi terbuang
Share

Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

2 Comments


twin
24/02/2014 at 10:35 am
Login to Reply

Alhamdulillah….akhirnya KA dah ada baby boy kan…
Baru tau sejarahnya…



    Khairul Abdullah
    25/02/2014 at 10:35 pm
    Login to Reply

    Alhamdulillah…setelah penat menunggu akhirnya dapat jugak.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved