• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Saya, Gaza & Jerusalem

20/11/2012

Saya.

Saya terkenangkan Gaza dan Jerusalem serta betapa kota-kota kecil yang sangat tua ini sering menjadi medan kepada konflik ketenteraan dan peperangan.

Sedih – melihat di kaca televisyen, membaca di akhbar tetang apa yang berlaku di sana. Konflik Palestine pula tidak pernah berkesudahan sedari saya kecil sehingga menginjak ke usia tua ini.

Masih segar diingatan peristiwa penyembelihan umat islam di Sabra & Shatila pada tahun 1982 oleh Zionis. Apalah nasib saudara kita disana.

Saya hanya mampu berdoa.

Gaza.

Gaza adalah salah sebuah bandar tertua di dunia, hampir 5000 tahun usianya. Pernah didiami dan ditakluki oleh pelbagai bangsa dan empayar di dalam sejarahnya bermula dari Mesir Kuno kepada Roman kemudian Byzantine kepada European Crusaders (seperti di dalam filem Kingdom of Heaven) ketika perang salib dan kemudiannya Mongol dan Ottoman dan seterusnya British. Akhir sekali ditakluki oleh Israel ketika Perang 6 hari pada 1967 namun dikembalikan kepada Palestine pada tahun 1993.

Saya ada pengalaman di Gaza.

Saya masih ingat ketika di Khan Younis – sebuah kem pelarian di bandar kecil di selatan semenanjung Gaza di mana kami (7 orang sukarelawan) diserang, ditembak dan di culik oleh pihak yang tidak dikenali, diacu pistol dan mesingan di kepala, diserkup, dihentak, ditendang, diterajang dan sebagainya. Sungguh ngeri. Tiada kata yang mampu diucapkan ketika itu – hanya linangan airmata mengenangkan isteri, keluarga dan sanak saudara. Namun – itu bukanlah realiti, hanya babak dari latihan simulasi yang terpaksa di lalui oleh kami sukarelawan yang bakal di hantar ke kawasan konflik dan bencana. Walaupun saya masih belum dihantar ke kawasan konflik (cuma di kawasan bencana seperti banjir, gempa bumi dan tsunami),  pengalaman di “Khan Younis” itu cukup membuatkan saya bersedia.

Ketika ini – Gaza sedang dihujani roket dan tembakan oleh tentera Israel.

Saya hanya mampu berdoa.

Jerusalam (BaitulMaqdis)

Adalah ibu negara Israel – walaupun tidak di diperakui oleh sepenuhnya di peringkat antarabangsa. Jerusalam juga adalah antara sebuah bandar yang tertua di dunia. Pernah dimusnahkan sepenuhnya sebanyak 2 kali, dikepung 23 kali, diserang 52 kali dan ditawan dan tawan semula sebanyak 44 kali.

Kenapa Jerusalem begitu berharga dan perlu ditakluki?

Kata orang, ia adalah pusat dunia. Pusat kepada agama – dimana turunnya agama samawi. Bagi Crusaders – Jerusalem adalah “Kingdom of Heaven”. Bagi Israel atau Yahudi pula – Jerusalem adalah asal usul mereka sejak dari zaman Yaakub A.S. Jerusalem merupakan kota paling suci bagi Kristian dan Yahudi dan yang ketiga bagi Islam.

Jerusalem The Biography dibeli pada hari saya menunggu keretapi ke Paris pada 17 September yang lalu.

Sejarah Jerusalem atau Baitul Maqdis ini adalah yang paling menarik yang pernah saya baca. Buku Jerusalem The Biography – menceritakan sejarahnya yang bermula dari zaman Firaun hinggalah ke hari ini. Dan mengapa bani Israel sangat menginginkan Jerusalem serta Masjidil Aqsa. Perlu dibaca bagi mereka yang ingin memahami sejarah Jerusalem atau Baitul Maqdis yang sangat hebat ini.

Namun – pengetahuan saya terhadap Gaza dan Jerusalem tidak dapat mematikan serangan roket yang meranapkan kota kecil itu.

Ketika ini, saya masih lagi membayangkan serta cuba memikirkan nasib saudara kita di sana.

Apakah nasib Gaza, Jerusalem dan juga Palestin? ENTAHLAH…I Dont Know.

Sekali lagi…saya hanya mampu berdoa.

agama langitagama samawibiography jerusalemdi manakah gazadimanakah baitul maqdisdimanakah jerusalemjerusalemkhairulkhairul abdullahkhairulabdullahkonflik palestinmasjidil aqsapalestinpalestineperang di gazasabra shatilasejarah gazasejarah jerusalemsejarah palestine
Share

Blog  / Books  / Experience  / History  / Knowledge  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

26 Comments


Marya Yusof
20/11/2012 at 10:59 pm
Login to Reply

As salam wbt Khairul,

Cara penceritaan yg menarik! Sampai terbeliak mata saya membaca kalau betul Khairul mengalami kejadian diculik & dibelasah tu… nasib baik hanya simulasi!

Saya pun tak sanggup nak tengok…
Tetapi setiap kejadian yg ALLAH izinkan berlaku di dunia ini ada hikmahnya… Kita hanya mampu berdoa & membuat sedikit sumbangan kepada mereka agar esok kita tdk dipersoalkan di hadapan yg Maha Esa apa yg telah kita buat utk saudara seagama kita.

Apa2 pun mereka di sana kini dlm keadaan getir tapi dari sudut yg lain mereka sgt beruntung krn berpeluang mati syahid mempertahankan negara & agama. Kita?

Allhuakbar!



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:03 am
    Login to Reply

    W’salam Marya,

    Setuju! Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang setakat yang mampu.

blu4sky
21/11/2012 at 3:01 am
Login to Reply

my prayers are with them..al-fatihah



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:06 am
    Login to Reply

    Semoga ALLAH memperkenankan doa-doa kita. Aminnn.

eza
21/11/2012 at 3:17 am
Login to Reply

KEJAM..hanya doa yang mampu saya kirimkan untuk saudara2 kita di sana…paling sedih bila tengok kanak2 yang berdarah…’terbayang’ kalau anak-anak kita yg berada di dalam situasi yg sama..ya allah..tak sanggup.



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:09 am
    Login to Reply

    Setiap peperangan adalah kejam. Itulah hakikatnya. Semoga saudara kita disana diberikan kekuatan untuk terus mempertahankan agama dan tanahair mereka. Aminnnn.

bdkcumils
21/11/2012 at 4:09 am
Login to Reply

Assalamualaikum En Khairul,

Satu post yg menarik. Teringin saya memiliki dan membaca buku tersebut. Buat rakyat Palestin saya hanya mampu berdoa buat mereka.



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:14 am
    Login to Reply

    W’salam dan terima kasih. Buku tersebut pasti boleh didapati di kedai buku yg besar seperti Borders atau MPH. Buat rakyat Palestin, sama-samalh kita berdoa.

Sharifahrosidah
21/11/2012 at 7:33 am
Login to Reply

KA

Akak dah tak sanggup nak tengok berita……sedih sangat sampai setiap kali keluar gambar kanak2 yang mati dan rakyat palestine yang tercedera mulut akak mesti bertakhbir ‘ALLAH HU AKHBAR’……apa lagi yang boleh akak buat selain boleh berdoa….dan menghulurkan sedikit bantuan…..

Akak paling marah bila Obama cakap Israel berhak mempertahan kan diri…..alahai obama bukan nya rakyat palestine tu ada alatan yang cangih2…..terus rasa benci dengan obama….

Arwah mertua akak dah sampai ke Baitul Magdis begitu juga dengan kakak sulung akak….mereka sempat bersembahyang di Masjid Al Aksar tu..



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:51 am
    Login to Reply

    Kak Sherry,

    Memang kita tidak sanggup tengok penderitaan saudara kita di sana. Kita berdoa dan bantu setakat yang mampu.

    Setiap president amerika pasti/perlu menyokong israel. Jadi tidak hairan apabila obama mengeluarkan kenyataan sedemikian. Namun – Egypt yang kini di bawah kerajaan baru berada di belakang Palestin. Doa kita untuk kejayaan mereka. Aminnn.

Eliza
21/11/2012 at 10:07 am
Login to Reply

Saya suka gaya penceritaan Khairul. Ringkas, padat dan senang faham. Realitinya selama ini, saya kurang berminat menonton atau membaca buku kisah perang. Mudah rasa sedih dan tensi. Hanya mampu berdoa dan sikit sumbangan mengurangkan kesulitan mangsa2 di sana.

Selain Palestin, Syria,Iraq, dll kebanyakannya negara Islam yg huru hara. Semuanya demi Kuasa, Tamak dan Ego pemimpin. Rakyat yg tak bersalah jadi mangsa. Saya fikir isu Palestin bkn isu agama, tapi perluasaan wilayah oleh tentera Zionis.

*Latihan simulasi itu sangat saspen sekali. 🙂



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 11:25 am
    Login to Reply

    Eliza, terima kasih. Kuasa membuatkan manusia tamak dan lupa. Betul – isu palestin bukanlah isu agama, tetapi isu politik dan wilayah. Israel cuba merampas dan mendapatkan semula wilayah yang pernah menjadi miliknya 5000tahun yang lampau.

    *Latihan itu mmg sungguh saspen..trust me!

Ladywindsor
22/11/2012 at 2:03 am
Login to Reply

Saya baca entry Khairul ini seperti melihat sebuah sejarah dalam bentuk realiti yang tertera depan mata, Palestine yang sentiasa bersimbah darah. Perkara paling mudah dan senang dibuat untuk saya buat terhadap mereka ialah ‘doa.’ Dua tiga hari ini saya tak baca akhbar sebab berasa agak ngilu melihat gambar kanak-kanak yang lebam dan berdarah di sana sini..yang disiarkan di akhbar itu belum sepenuhnya ngeri. Kalau saya acces foto archaive, tengok UP, Reuters dan etc..tak boleh lelap sebab ngeri dan kejam sangat apa yg sudah dilakukan Yahudi ke atas kanak-kanak..

#Baru nak tanya betul ke mengalami situasi mendebarkan itu…:)



    Khairul
    22/11/2012 at 2:10 am
    Login to Reply

    Saya pun sama…tak tgk news kat tv..cuma baca artikel yg tak bergambar sahaja. Kesian sangat.

    #Memang betul. Tetapi ada situasi lain yg juga sangat mendebarkan ketika berada di kawasan bencana tsunami dan gempa bumi.

      Ladywindsor
      22/11/2012 at 6:06 am

      Sharelah situasi tu..mesti pengalaman itu sangat berharga kan..saya tak boleh bayangkan bagaimana kalau berada di medan peperangan atau malapetaka begitu..tengok gambar pun saya dah terduduk..tak sampai hati..

        Khairul Abdullah
        22/11/2012 at 9:12 am

        Saya pernah share sekali..tetapi tidaklah secara detail. Insya Allah, sekiranya ada peluang akan saya ceritakan nanti.

irfa
22/11/2012 at 6:17 am
Login to Reply

HUHU..SEDIKITNYA ILMU SAYA TTG TPT2 YG KA SEBUT TU
TAPI TQ SBB BACA DR BLOG KA SEKURANG2 SAYA DAPAT ILMU



    Khairul Abdullah
    22/11/2012 at 9:13 am
    Login to Reply

    Irfa..biarlah sedikit ilmu..jangan tak ada langsung. Gembira saya sekiranya tulisan saya di atas dapat memnberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada orang lain.

nenetPenne
22/11/2012 at 6:41 am
Login to Reply

tidak pasti sampai bila perkara ini akan menemui jalan penyelesaian… ada orang kata tindakan hitler dulu adalah bagus.. entahlah i pun tak tahu…

adakah musibah tu terjadi atas kekhilafan atau kealpaan kita sendiri? entahlah i pun tak tahu..



    Khairul Abdullah
    22/11/2012 at 9:30 am
    Login to Reply

    Net, entahlah…tetapi nampak macam agak sukar..maybe akan selesai juga suatu hari nanti..and i bet its not in our lifetime.

    En. Hitler pernah berkata di dalam bukunya “My Battle” atau di dalam judul asalnya “Mein Kampf” (1924) berbunyi lebih kurang begini ” aku boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika aku berkuasa, tapi aku tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa aku membunuh”. Begitulah kata beliau.

    Musibah berlaku adalah di atas kealpaan serta kekhilafan kita sendiri. Kita tidak pernah belajar dari sejarah.

    Di dalam sejarah tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja..dan menyebabkan tamadun mereka runtuh.

    Dari zaman Firaun hingga ke hari ini – bangsa arab masih berperang sesama sendiri – di Syria, saudara islam berbunuhan sesama sendiri.

    Siapakah yang harus dipersalahkan? Diri sendiri – tidak mahu belajar dari kegagalan serta kesilapan yang lampau.

    Wallahualam.

      NenetPenne
      23/11/2012 at 4:24 pm

      semuanya adalah dinyatakan dalam quran.. i nak try dan cuba untuk habiskan baca terjemahannya yang dah terbengkalai sekian lama..

        Khairul
        24/11/2012 at 1:03 am

        Betul tu Net…setuju. Sila habiskan yer bacaannya 🙂

Kak Sham
25/11/2012 at 8:32 am
Login to Reply

Assalamualaikum KA,
I’ve tried to be “numb” knowing that tiap kali membaca, mendengar atau melihat sebarang bentuk berita mengenai Gaza.. sure akak akan menangis.
Tapi apalah daya.. hanya doa sahaja yg mampu dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Agar kemelut ini akan akhirnya berakhir.
May it be peace for those yg telah terkorban in the name of Islam and only jannah is the everlasting place for them.



    Khairul
    26/11/2012 at 9:37 am
    Login to Reply

    Alhamdulillah Kak, Now everything is fine..the killings has stopped…for now.

Su
26/11/2012 at 3:14 am
Login to Reply

Siapakah yang harus disalahkan??? Dalam situasa begini, mencari siapa yg salah mungkin tidak membantu. Yang penting, mencari penyelesaian.

Err.. utk menjadi sukarelawan pun, harus melalui simulasi tu semua? Dahsyat jugak yer..



Khairul
26/11/2012 at 9:43 am
Login to Reply

Su..di dalam situasi tersebut…mencari kesalahan memanglah tidak membantu menyelesaikan masalah. Tetapi sekiranya tahu kesalahan yang dibuat…haruslah belajar untuk memperbaiki kesalahan tersebut. Itulah gunanya sejarah..supaya kesalahan dan kesilapan yang sama tidak dibuat berulang kali dan memberi akibat yang sama.

Belajarlah dari keseilapan dan kegagalan.

Yer..untuk menjadi sukarelawan di sesetengah organisasi anda perlu mendapat latihan serta kefahaman yang cukup tentang situasi serta bahaya yang bakal dihadapi. Namun bagi sesetengah organisasi lain anda hanya perlu “sain mati” dan anda boleh pergi menjadi sukarelawan di kawasan konflik.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved