Kenapa ada sesetengah post panjang kat FB keluar perkataan “see more” dan sesetengahnya pula “continue reading”?
Jawapannya, bila sesuatu post itu kurang dari 2948 karakter atau sekitar 450 patah perkataan maka ia akan keluar “see more” untuk kita sambung baca.
Namun kalau kau tulis lebih panjang dari tu maka akan keluarlah “continue reading”.
Ada beza ke?
Klik “see more” dia akan buka atau paparkan dalam window/page atau post yang sama. Dia akan paparkan terus di bahagian bawah selepas “see more” tu dan kita boleh terus sambung baca.
Tapi kalau klik “continue reading” tu dia akan buka page/window baru. Semuanya akan kena loading balik dan kau baca balik dari mula. Kalau internet slow maka slow jugaklah dia keluar.
Jelas?
.
KHAIRUL ABDULLAH
#tipsdarisuperdaddy







Leave A Reply