• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sekat & Tawan Frankfurt // Blockupy Frankfurt

18/05/2012

Polis dan pihak berkuasa Frankfurt telah menutup kebanyakan jalan utama di bandaraya Frankfurt sempena demonstrasi oleh pergerakan anti-kapitalism yang dikenali sebagai “Blockupy” yang turut disertai oleh peserta atau pendemo “Occupy” yang telah berkampung di hadapan European Central Bank (ECB) sejak 10 bulan yang lepas.

[quote]Setelah “berkampung” hampir 10 bulan bermula dari September 2011, polis mula mengepung kawasan taman serta jalan-jalan utama di sekitar ECB dan mengarahkan agar kawasan taman berhadapan ECB dikosongkan[/quote]

Demonstrasi “Occupy Frankfurt” yang bermula selaras dengan siri “occupy” lain di seluruh dunia yang bermula di Wall Street,  dan merebak ke Rome, London, Berlin dan 95 bandaraya lain diseluruh dunia. Pergerakan ini menentang ketidaksamarataan di dalam kuasa dan ekonomi yang dilihat lebih berpihak kepada golongan kaya. Mereka berpendapat yang syarikat dan konglomerat besar serta sistem kewangan global yang mengawal ekonomi dunia dengan memberi keuntungan besar kepada mereka manakala menindas golongan bawahan dan mengikis demokrasi sebenar kerana politik dibeli dengan wang oleh konglomerat tersebut.

[quote]Perkhidmatan keretapi serta tram dihentikan, bank serta kedai-kedai disekitar kawasan demonstrasi ditutup.[/quote]

Setelah “berkampung” hampir 10 bulan bermula dari September 2011, polis mula mengepung kawasan taman serta jalan-jalan utama di sekitar ECB dan mengarahkan agar kawasan taman berhadapan ECB dikosongkan bersempena Demonstrasi “European Day of Actions” yang dijadual berlangsung selama 4 hari bermula dari 16 sehingga 19 May. Perkhidmatan keretapi serta tram dihentikan, bank serta kedai-kedai disekitar kawasan demonstrasi ditutup.

Itu adalah rentetan peristiwa yang telah dan bakal berlaku di bandaraya yang saya diami sekarang ini.

[quote]Saya berjaya menyelinap masuk ke dalam “crowd” pendemo ini untuk melihat sendiri sejauh mana atau dengan lebih tepat cara mereka berdemo dan cara polis menanganinya. Saya dapati, cara mereka berdemostrasi agak lebih berhemah [/quote]

Demonstrasi yang dijadual akan berlangsung (telahpun berlangsung selama 3 hari) selama 4 hari pasti akan memberi kesusahan kepada warga bandaraya serta para peniaga. Jalan-jalan utama masuk ke tengah pusat bandaraya telahpun disekat oleh pihak polis. Semua kenderaan dan pejalan kaki harus melepasi checkpoint. Identiti dan beg anda juga akan diperiksa. Perkhidmatan tram dan keretapi bawah tanah semuanya dihentikan. Kedai-kedai serta bank ditutup.

Saya berjaya menyelinap masuk ke dalam “crowd” pendemo ini untuk melihat sendiri sejauh mana atau dengan lebih tepat cara mereka berdemo dan cara polis menanganinya. Saya dapati, cara mereka berdemostrasi agak lebih berhemah di mana :-

  1. Tiada maki hamun terhadap anggota polis (cuma di “boo”)
  2. Tiada kekerasan melampau digunakan oleh pendemo maupun anggota polis.
  3. Walaupun cuba melepasi barisan sekatan polis – para pendemo masih tidak menggunakan kekerasan maupun merosakkan harta benda awam. (Pernah terjadi di bulan April yang lalu di mana para pendemo merosakkan dan meyimbah cat di bangunan European Central Bank serta bangunan berhampiran) namun tiada harta benda awam dirosakkan.
  4. Para pendemo masih mampu bercakap-cakap, bergurau dan membalas senyuman dan berjabat tangan dengan anggota polis walaupun sebelum itu mereka telah ditahan, ditarik keluar dan digari oleh anggota polis.





















 

Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis) bandaraya Frankfurt masih di dalam keadaan “lockdown”. Ratusan pendemo masih cuba untuk masuk ke pusat bandar. Kumpulan-kumpulan pendemo kecil sudah mula berjalan masuk ke pusat bandar dengan cuba melepasi halangan polis.

Saya tidak pasti samada saya akan lepas masuk hari ini (dengan menggunakan “tiket” untuk bersembahyang jumaat di Munchenerstrasse). Dan saya pasti tidak akan dapat ke gym dan bermain badminton hari ini kerana tiada perkhidmatan keretapi untuk membawa saya ke sana.

Saya akan kemaskini artikel ini sekiranya saya dapat masuk ke tengah-tengah pusat bandar (saya memang tinggal di pusat bandar) dan di kawasan demostrasi.

bersih 3bersih 4.0bersih di germanbersih di luar negarablockupy frankfurtfrankfurt demosoccupy frankfurt
Share

Believe It or Not  / Blog  / Events  / Knowledge  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

8 Comments


Mohkembara
18/05/2012 at 11:32 am
Login to Reply

Salam Yob Khairul,
Owwhhh Occupy dah sampai Frankfurt. Tak taulah bape lama demo ni nak berakhir, start kat Wall Street tu. Adakah golongan yg 1% tu amik port?



    Khairul Abdullah
    18/05/2012 at 11:58 am
    Login to Reply

    Salam Kak Yong,

    Occupy dah sampai Frankfurt 10 bulan lepas…ni tengah kemuncak..dipanggil Blockupy plak. Haha…golongan 1% memang tak ambik port pun.

Ladywindsor
18/05/2012 at 5:57 pm
Login to Reply

Salam Khairul,
Dalam demonstrasi tu tak ada baling mortar atau gas pemedih mata ke? Nampak macam perarakan biasa saja..



    Khairul Abdullah
    19/05/2012 at 1:02 pm
    Login to Reply

    Cik Shasha,

    Demostrasi selama 3 hari ni so far semuanya terkawal. Polis bijak membendung para pendemo agar tidak dapat berkumpul di dalam kumpulan yang besar. Polis akan memecahkan setiap kumpulan pendemo kepada kumpulan2 kecil dan senang untuk dikawalselia. Para pendemo di sini juga tidak menggunakan kekerasan, membaling objek atau benda2 yang membahayakan orang awam atau polis. Hari ini merupakan hari terakhir demo.dan dijangka paling besar dengan puluhan ribu pendemo sedang cuba memasuki pusat bandar. Saya akan update di artikel lain.

Cik Cinta
20/05/2012 at 9:19 am
Login to Reply

Owhhh yeker… I ada kawan yg stay kat Frankfurt. Nak copy URL ni bg kat dia lah…
En.Khairul just take care saja yea masa buat liputan nanti.



    Khairul Abdullah
    21/05/2012 at 9:50 pm
    Login to Reply

    Cik Cinta,

    Terima kasih atas pesanan. Saya sentiasa menjaga keselamatan diri saya.

twin
10/03/2014 at 3:57 am
Login to Reply

Sungguh berbeza dgn “occupy” di Malaysia… (what else can I say..)



    Khairul Abdullah
    12/03/2014 at 3:38 pm
    Login to Reply

    Bila masyarakat yg lebih maju dan beradab berdemo lain caranya 😉

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved