• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Semua Orang Pun Nak Cepat

01/04/2017

Kurang benar kesabaran orang kita ni, nak cepat sokmo.
.
Kita nak pergi kerja, sentiasa nak cepat. Kita langgar lampu merah, sebab buang masa seminit menunggu lampu bertukar hijau. Asal ada peluang sahaja, nampak “line clear” tak kira jam 7 pagi atau 12 tengah hari kita langgar. Tak pedulilah walaupun perbuatan kita boleh mengundang bahaya kepada orang lain.
.
Kita nak bayar tol pun nak cepat. Panjang barisan kalau nak menunggu tak kiralah di lorong Smart Tag, tunai atau Touch n Go. Jadi kita pun cilok lah. Lepas bayar tol pun jem juga dan sekali lagi kita cilok dan potong que. Peduilkan orang lain, kita dah lambat ke tempat kerja ni.
.
Kita nak balik kerja, kita potong ikut emergency lane sebab kita nak cepat dari orang. Orang lain tu banyak masa untuk jem dalam kesesakan namun kita tidak. Kita lebih penting sebab nak kena ambil anak maka kita gunakan lorong yang tidak dibenarkan. Orang lain tu semuanya tak ada anak.
.
Kita nak ambil anak di sekolah, nak cepat juga. Tak nak parking jauh-jauh sebab kena berjalan dan lambat, lagipun panas. Jadi parking depan pintu pagar, biarlah double park atau triple park pun, janji mudah dan cepat. Pedulilah nak jem ke nak sesak ke sebab kita triple park tadi.
.
Kita nak bayar pun nak cepat juga. Kita nampak barisan menunggu panjang sangat di restoran, di ATM, di pasaraya dan sebagainya. Kita gunakan pelbagai teknik dan taktik, kita potong, kita cilok. Tak perlu kita nak habiskan masa 5-10 minit menunggu giliran seperti orang lain.
.
Kita nak singgah beli minuman kat Seven E atau kat Speedmart pun nak cepat juga. Maklumlah kedai tu pun namanya “speed” maka kita double park, kita triple park juga. Kejap jer kata kita dan kereta mulalah bersusun sebab jalan jadi sempit sangat.
.
Kita nak makan, pun nak cepat juga. Isteri lambat masak kita melenting, padahal boleh jer tolong isteri untuk mempercepatkannya. Kalau tak boleh tolong masak, tolonglah cuci pinggan ke atau jaga anak.
.
Kita nak kaya. Nak cepat juga. Tak nak bersusah payah bekerja berusaha seperti orang lain. Jadi kita masuklah segala skim cepat kaya. Tergadailah seluruh harta benda, namun kita tak kaya-kaya juga.
.
Kita nak beribadat, nak cepat juga. Perlu lebih cepat dari orang lain. Berwuduk laju, solat laju, berdoa pun laju. Takut kalau lambat-lambat selipar kena curi.
.
.
.
.
.
Semuanya perlu cepat dalam hidup kita. Tiada istilah bersabar atau mengikut giliran. Apatah lagi istilah “bertimbang rasa”, mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan perkataan tersebut gamaknya.
.
Realitinya, memang nak kena cepat dalam segala hal, kalau tak kita ketinggalan ye tak? Pedulikanlah apa nak jadi atau kesannya perbuatan kita yang nak cepat tadi kepada orang lain.
.
Diorang tak tau susah senang kita, tak tau kepayahan kita dan tak tahu betapa pentingnya masa tu buat kita. Bukannya diorang bayar sewa dan bil kita kan?
.
Lagipun ramai orang macam tu, semua orang nak cepat, ramai orang langgar lampu merah, ramai orang guna emergency lane, ramai orang potong que, ramai orang double park, ramai orang buat semuanya, takkan kita tak boleh?
.
Tak payahlah nak peduli pasal orang lain sangat, kubur kita lain-lain, kata kita.
.
Baguslah…
.
.
#sarcasm
#mentalitijamban
#untunglahmalaysiamasihaman
#khairulabdullah

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved