Ya, itulah soalan saya.
Ada sesiapakah di antara pembaca blog ini yang mempunyai tips untuk saya membesarkan “cardigan” dan “pullover” saya yang berfabrikkan “wool” yang telah mengecil akibat kecuaian saya.
Kenapa ya?
Begini ceritanya.
Ketika di Malaysia – orang lelaki seperti saya tidak pernah memilik “cardigan” atau “pullover” dan tidak mengambil tahu tentang fabrik – cotton, wool, linen dan sebagainya. Saya cuma tahu “cotton” sahaja kerana semua pakaian saya adalah diperbuat daripada “cotton” atau kain kapas.ย Jadi..apabila basuh menggunakan “washing machine” dan juga “dryer” semuanya main masuk sahaja.
[quote]Cardigan dan pullover yang bersaiz dewasa (S) kini telah menjadi cardigan untuk kanak-kanak berusia 4-5 tahun.[/quote]
Boleh disimpulkan bahawa amat naif tentang perkara ini (fabrik dan juga cara basuhan). Namun itu tidak bermakna saya tidak mencuci pakaian sendiri (walaupun ada orang yang melakukannya untuk saya – thanks sweetie). Seboleh-bolehnya saya akan buat sendiri. Dan dengan mempraktikkan cara yang basuhan sama – iaitu campakkan sahaja ke dalam mesin pembasuh dan pengering tanpa melihat “washing instruction”, saya telah menerima akibatnya.
Dan inilah hasilnya.
Cardigan dan pullover yang bersaiz dewasa (S) kini telah menjadi cardigan untuk kanak-kanak berusia 4-5 tahun. Sedih saya melihatnya. Setelah meneliti di “washing instruction” di pakaian tersebut – barulah saya perasan yang telah diberi amaran disitu yang ianya tidak boleh dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin.
[quote]Kepada pemberi tips atau petua atau cara-cara yang betul-betul berkesan dan berjaya mengembalikan saiz pakaian saya tersebut kepada saiz asalnya – saya akan berikan hadiah istimewa[/quote]
Kejadian ini dah berlaku setahun lepas. Tetapi apabila musim sejuk kembali, saya perlukan pakaian tersebut. Bukan tidak boleh beli sahaja yang baru (sudah dibeli beberapa helai) namun apabila terlihat kembali – rasa “frust” melanda.
Sudah dicuba pelbagai tips di internet – dan hasilnya agak memberansangkan namun tidak cukup- hanya membesar sekali ganda ย sudah menjadi saiz awal remaja.
Cardigan dan pullover di sebelah kanan sudah dibesarkan sekali ganda dari saiz kecil asalnya (iaitu separuh daripada itu) dengan menggunakan teknik rendaman di dalam “hair conditioner”Jadi…
Kepada pembaca di luar sana – sila tolong saya dengan memberi tips yang terbaik untuk “memulihkan” pakaian saya tersebut. Hanya sedikit sahaja lagi diperlukan untuk ia kembali ke saiz asal.
Dan…
Kepada pemberi tips atau petua atau cara-cara yang betul-betul berkesan dan berjaya mengembalikan saiz pakaian saya tersebut kepada saiz asalnya – saya akan berikan hadiah istimewa. Sekiranya seorang wanita saya akan hadiahkan barangan berjenama Longchamp dan sekiranya lelaki saya akan hadiahkan barangan khas yang lain.
Jadi…dapatkah saya mengembalikan saiz pakaian saya hasil daripada tips anda semua? ENTAHLAH..I Dont Know. Tetapi saya memang berniat untuk memberi hadiah.
Nota : Hanya saya berhak menentukan sesiapa yang layak memenangi hadiah yang saya tawarkan tersebut. Sekiranya tiada – saya akan “carry forward” hadiah tersebut di artikel/entri yang akan datang.












35 Comments
hihihi..when i read the title..i dah agak mesti you masuk baju dlm dryer..
it happened to me once upon a time.. jean tershrink sbb masuk dryer..
anyway..check out this link http://consumerist.com/2007/06/11/how-to-unshrink-wool/
maybe it can helps…do read the readers comment as well… good luck ๐
Hahaha…indeed. Bila bwk keluar baju tu dari dryer..terus rasa i macam Mr. Bean. Anyway…i did try the tips from the web u suggest before. It doesnt work for me since its a 100% pure wool.
I have try many ways…im just gonna try any method that i’ve never try before and it must be a an easy method too. Taknak yang susah-susah since i have limited resources here in term of chemicals..sun for drying..ampaian pun takde and many more limitations.
hehehe..sorry can’t help much..it happened to me only once.. so not much experience to unshrink wool ๐
Its ok. I know this is a done deal. But just trying my luck.
Nak cuba cara ni.. Cuci baju tu, tengah lembab-basah terus gosok dengan strika. Lihat hasilnya…
Satu peristiwa, serkup kepala nak pakai segera, tapi masih basah, nak cepat kering, tanpa fikir terus gosok dgn strika. Hasilnya sungguh memeranjatkan …. serkup tu kembang mekar…menyesal tak sudah. Cuba le.
Itulah cara pertama sekali saya lakukan – tapi tetap tak nak kembang. Siap tarik2 dan regang2 kan…akhirnya kuncup balik.
Khairul,
Dah pernah cuba dry cleaning tak? (this method might work). Tak pun…rendam sekejap dan jemur, kalo tak mau jugak, sedekah kat org jer lah..(longchamp tu pulak sedekah kat saya…)*cough2*
Dry cleaning belum cuba (takut kena gelakkan dengan orang kedai tu). Tapi insya Allah saya akan cuba. Rendam sekejap dan jemur tu pun dah buat…tak jalan.
Memang niat nak sedekah – tapi karang dikata bagi barang rosak kat orang, tak elok lah kan. So saya simpan saja dulu.
Kalau saya hantar ke dry clean nanti dan berjaya – pasti saya hadiahkan longchamp tu kepada awak.
Khairul,
Cop! uhhh nasib baik saya tak pernah campak cardigan saya ke dalam mesin..selalunya rendam dan celup jer dengan mild soap..tu pun shrink juga…
iskk sapa la dapat lonchamp tu yer…blink blink!
laaaa…mcm mana eh.. sy pun tak berapa arif psl ni..
terima kasih utk tips gmbr makanan tu.. ๐ sgt membantu
Takpelah..saya tak kisah pun pasal baju tu ๐ Pasal tips gambar makanan tu..saya gembira sekiranya ianya dapat membantu awak.
kes mummy lagi berat…bukan baju yang mengecil, tuan baju yang membesar…tolong bg tips.heheheee…neway, thanks 4 da info.
Hahaha….kalau tuan yang membesar..maka diperlukan beberapa bulan serta beberapa pantang-larang dan juga sedikit kerja keras untuk mengecilkannya mummy ๐
saya rasa sebaiknya baju tu dihantar saja ke dry cleaning, org di situ tentu ada banyak pengalaman tentang itu dan mungkin boleh membantu, apa nak segan digelakkan orang, setiap dari kita pasti ada lakukan kesilapan…
moga berjaya ya.
Saya sudah menghantar baju tersebut ke dry-cleaning. Pekerja di situ enggan menerimanya sekiranya saya mahukan baju tersebut kembali ke saiz asal – kerana menurut beliau, fabrik 100% wool tidak dapat kembali ke saiz asal.
Khairul..
Sebelum akak tulis apa2 akak nak mintak longchamps dulu…ala boleh lah boleh lah..hihihi.
Sebenarnya akak pun dah pernah kena macam tu, masa cuci tu ok jer sekali bila akak masukan dalam dryer masyaallah habis semua baju dari wool jadi mengecil, dryer tu kan panas….dulu kita kan jakun mana lah tahu…macam yang khairul bagitahu lah di baju semua dah bagitahu cara cucian nya tapi kita jenis yang tak baca..ha ambik ko…sampai hari ni akak tak tahu cara nak besar kan baju2 tu…pengajaran nya sekarang…kalau musim hujan akak pakai dryer kat rumah tapi tak berani lagi masuk kan material dari wool.
Kak Sherry,
Nampaknya tiada pemenang bertuah kerana baju saya tu memang dah tak dapat dibesarkan. Nanti saya buat peraduan lain akak join yer ๐
Betul tu kak…i learnt my lesson now. Setiap kali nak cuci baju baru..mesti selak label dulu.
Pernah terjadi jugak..seluar mengecut..tapi nasib boleh pakai jadi tights..Rasanya takde cara lain kot KA…kena pasrah..
Mummy…memang saya dah pasrah..dah beli yang baru pun ๐
hahaahahaha aduh KA, ngapa jadik cenggitu? nak besar kan senang je. ahhahahahaha bak mai aku pakai 3 hari. kompem melebor le die. hakhakhakhak..
*btw 5helai baju hrc harga euro12 tuh adalah MELAMPAU. mmg melampau tau.lol. syiokkkkkknyeeeeeeeeeeeeee!
Beb…camno nak pakai..nak sarung kat tangan pun tak muat hehehe. ๐
* hahah..sebab point banyak.
i tak ada petua..my petua is, i give it to my niece sahaja..
penah my Dorothy Perkins punya blouse i mengecil sedangkan segala instuction membasuh telah saya patuhi..
ok i pass jer longchamp tu … ha ha ha..
Betul lah Net…i dah gave up. Nanti nak bagi kat anak penakan jer lah.
Tanak longchamp Net?
i tak bagi petua cemana nak claim longchamp? or is it dikira petua jugak tu..membesarkan baju mengecil dengan memberikan baju tersebut kepada anak sedara maka automatiknya baju tu jadi besar? ha ha ha….
Yelah kan….petua you tu kira ok lah…tapi tak boleh dikira di dalam konteks membesarkan baju ni. So..hadiah longchamp akan dibawa ke next entri ๐
but how come mine jadi besar?? it was in 2000.. beli kat oxford st la konon masa 70% sale M&S.. nasib murah gila.. tercampak dalam washer/dryer.. ter-dry tak tau berapa lama & bila keluar dari dryer it was 2 size bigger.. now dah londeh sikit cardigan tu but i still guna lah.. dunno program apa kat washer/dryer yang i tekan tu.. aiyaaa..
Oh really? the same material? hmmmm…lucky u lah sbb still boleh guna. I punya dah simpan..nanti nak derma kat anak buah.
alamak tak tahu la.huhu
melepas nak dapat longchamp ;(
tp saya dpt ilmu..rendam dalam โhair conditionerโ ye
tq ๐
patutlah masa saya keje shift pakai uniform dulu saya penah masuk kardigan dalam mesin dan dia jadi kecik.
HAha..takpe irfa..next entri i akan tawarkan semula hadiah longchamp tu.
Tips rendam hair conditioner tu memang menjadi..tetapi tak akan dapat saiz asal 100%..tetapi memang akan lebih besar lah.
salam saudara khairul,
cuba basuh (basuh tgn) dengan air sejuk, then diregang2kan slowly..lepas tu laying flat to dry..
And last option, gi je bawak kat tailor suruh dia tambah kain kat bahagian kiri kanan..setengah tailor pandai buat..tp kain dia bukan wool le..kena cari kain sendiri..:)
W’salam.
Basuh dengan air sejuk dan regangkan pernah dah saya buat. Sewaktu diregangkan nampak besar..setelah flat dry ia cuma membesar 10% sahaja.
Bawak gi tailor? memang tak lah…not necessary to pay another 20-30 euro to the tailor for a pullover that cost me only 40Euro
bagi org gemok pakai dulu……..nnti lelama baju tu jadi besar dgn sendirinya…….
bagi org gemok pakai dulu……..nnti lelama baju tu jadi besar dgn sendirinya…….
Pakai air cuka