Hanya 3 bahan asas yang perlu untuk masak benda alah ni. Benda paling mudah, sedap dan kenyang yang korang patut reti masak adalah spaghetti ini yang diberi nama Aglio-Olio ni.
Benda ni asal dari Naples, Itali. Orang Itali panggil bawang putih tu “aglio” dan minyak zaitun tu “olio”. Jadi resepi spaghetti ini hanya memerlukan bawang putih dan minyak zaitun sahaja. Yang biasa orang letak udang, seafood bagai tu semuanya optional sahaja.
Kalau kena cara dia, kena teknik dia maka sedap kemain rasanya walau nampak bodoh jer rupa dia. Paling penting adalah bawang putih tu harus ditumis dengan cara yang betul.
Namun kalau nak kasi umph lagi, tambahlah serbuk cili (chilli flakes), daun parsley dan juga keju parmesan. Kalau takde bahan tambahan tu pun takpe, korang tetap boleh makan sampai licin juga.
Bahan-bahan wajib hanyalah:
1. Spaghetti
2. Bawang putih 5-6 ulas
3. Minyak zaitun
Cara nak buat pun senang ya amat.
1. Kau rebus spaghetti dulu. Cara dia kau didihkan air dengan satu sudu minyak zaitun dan secubit garam. Bila air mendidih jer baru kau luncurkan spaghetti ke dalam periuk. (Tips: sepeket spaghetti tu boleh makan untuk 6-7 orang. Kalau kau nak makan seorang jer kau rebus agak patut lah yer)
Lepas tu kau tekan timer kat phone kau dan set antara 8-12 minit, jangan lebih. Kalau kau suka “al-dente” yakni dia kenyal-kenyal sikit, maka kau set 8 minit dah cukup. Tapi kalau kau tak suka dan nak dia lebih lembut sebab kau dah takde gigi maka kau set timer dan rebus spaghetti tu sampai 12 minit.
Dah siap kau tutup api dan ketepikan. Jangan tos dulu. Biar jer dia berendam dalam periuk tu sekejap sambil kau buat langkah seterusnya.
2. Kau panaskan minyak zaitun sekitar 2-3 sudu di dalam kuali dengan api yang perlahan. Banyak pun takpe minyak tu, sedap oiih. Sambil tu kau hiris nipis bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Kalau kau hiris sekali kulit dia maka kau memang champion.
3. Dah siap hiris bawang, sedang elok minyak pun dah panas maka kau tumiskan bawang putih tadi. Ingat, api kecil okeh, api kecil. Tumis dan balik-balikkan bawang tu sampai dia keperangan tau. Kunci kesedapan dia terletak di sini.
Kalau goreng bawang tak cukup lama maka minyak tu rasa kurang sedap, kalau goreng terlebih lama maka bawang akan garing dan akan ada rasa pahit.
Jadi kena api perlahan dan tumis rilek-rilek jer sampai perang. Kita nak bagi rasa bawang putih tu keluar dan meresap ke dalam minyak.
4. Bila nampak bawang putih dah perang jer cepat-cepat kau toskan spaghetti sepantas kilat dan terus campak dalam kuali bersama sisa-sisa air rebusan yang masih meleleh tu. Kau jangan tos sampai kering habis air dia.
Air rebusan spaghetti tu akan menambah perisa dan juga taknak bagi spaghetti jadi kering sangat. Kita nak dia macam lembap berkuah atau basah sikit. Jangan banjir pulak yer.
5. Lepas tu kau gorenglah spaghetti tadi sekejap, masukkan garam barang secubit dua dan terus angkat lalu masukkan ke dalam pinggan kau yang paling lawa.
Cari pinggan putih kosong tanpa corak untuk food presentation yang terbaik.
6. Kalau kau ada daun parsli, maka ricik halus dan taburkan atas dia. Kalau takde kau guna daun selasih macam dalam gambar untuk hiasan. Nak makan pun sedap daun tu. Kalau takde kedua daun tu maka kau guna daun lain seperti sawi atau bayam biar orang gelakkan kau.
Kalau ada cheese parmesan tu maka kau masukkanlah. Takde pun tak kisah.
7. Lepas tu kau cari lighting paling cantik dan ambillah gambar untuk tayang di FB atau IG. Barulah lepas tu kau makan kalau nak, kalau taknak kau bagi lah isteri ke, anak-anak ke, mak atau ayah kau ke yang makan.
***
Aku sarankan agar orang lelaki atau perempuan yang tak reti langsung masak apa-apa tu agar cuba masuk dapur dan cuba masak benda alah ni. Kau ikut sahaja step yang aku tunjukkan tu.
Sumpah tak rugi.
Bila kau kebulur nanti maka bolehlah kau masak benda lain selain dari megi. Boring woih asyik makan megi jer.
Cubalah.







Leave A Reply