Korang dah buat ke brownies pisang coklat semalam tu? Alah yang bahan-bahan dia semua sihat-sihat belaka tu. Katanya mudah jer. Jadi tak?
Kalau mudah, meh saya nak tunjukkan yang susah sikit. Kira advance sikitlah ni. Takkan nak yang mudah jer selalu kan, sesekali kita challenge diri, barulah ada peningkatan ye tak?
Nah, resepi Strawberry Snow Pudding yang sedap ya ampun ini. Macam biasalah, resepi saya tak pernah sihat. Mestilah ada lemak dan gula yang penuh kemanisan seperti tuan punya resepi ini.
Okay, ini bahan-bahannya.
1. Lapisan Susu
10-15 biji strawberry dibelah dua
7g serbuk agar-agar
1-2 titik esen vanilla
400ml susu segar atau kurang segar pun takpe
100g gula halus
350ml whipping cream ( saya guna 250ml sahaja)
2. Lapisan Strawberry
7g serbuk agar-agar sama macam di atas.
500g strawberry diblend dengan sedikit air atau nak hancurkan atau ramas-ramas pun boleh. Asalkan hancur dan ada pati.
150ml air masak biasa. Air Kuku atau Koway pun boleh.
150g gula halus.
2 biji telur putih sahaja. Sahaja yer.
3. Lapisan Coklat
750ml susu segar atau susu full cream tu pun ok.
50g serbuk koko cap apa pun tak kisah lah.
7g serbuk agar-agar atau nak pakai yang kering tu pun ok.
125g gula halus, tak nak yang kasar yer.
1 telur kuning sahaja + 1 sudu besar susu dipukul, sehingga mati, eh kembang lah. Kembang.
Cara penyediaan yang tidaklah susah, tetapi lecehlah jugak.
1. Susun strawberry ke dalam acuan.
Bersihkan dan belah buah strawberry lalu susun rapat-rapat ke dalam acuan atau bekas yang sesuai. Kalau ada bekas bentuk strawberry pun lagi cun.
2. Kemudian, kita sediakan lapisan susu dahulu yer.
Di dalam periuk dengan api sederhana, satukan serbuk agar-agar, esen vanilla dan susu dan kacau sehingga larut dan mendidih. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga mendidih dan angkat. Sejukkan seketika kemudian masukkan whipping cream dan gaulkan guna spatula. Jangan guna tangan yer.
Seterusnya tuang ke dalam bekas atau acuan yang ada belahan strawberry tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.
3. Sediakan pula lapisan strawberry.
Masukkan serbuk agar-agar, jus atau pati strawberry yang dah siap bersama air ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang kecil dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Kemudian tambahkan gula, kacau sehingga larut dan angkat.
Kemudian pukul telur putih sampai kembang dan pejal. Bila kau terlangkupkan pun dia dah tak tumpah. Kemudian tuangkan pati strawberry yang telah dimasak tadi perlahan-lahan ke dalam putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
Lepas tu tuangkan ke dalam acuan ke atas lapisan susu tadi yang kini sudah pun mengeras. Jadi dia tak akan bercampur dan akan jadi satu lapisan baru. Kalau belum keras jangan tuang.
3. Sediakan pula lapisan coklat.
Di dalam periuk, panaskan 3-4 sudu besar susu dan tambahkan serbuk koko. Kacau sampai sebati. Kemudian tambahkan baki susu serta serbuk agar-agar dan kacau dengan api yang kecil sehingga mendidih.
Dah mendidih masukkan gula, baki serbuk koko dan campuran telur kuning yang dah dipukul tadi ke dalam bancuhan. Kacau sampai gula dah larut kemudian angkat. Sejukkan seketika.
Kemudian tuang ke atas lapisan strawberry yang juga sudah mengeras. Test dulu yer, kalau belum keras jangan tuang, nanti bercampur.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras dan menyamankan.
5. Keluarkan dan telangkupkan ia di atas bekas yang sesuai dan potonglah mengikut kreativiti masing-masing.
6. Kemudian ambil gambar dan tayang kat kawan-kawan. Tak perlu makan kalau sayang, sebab cantik sangat. Lagipun tak sihat ni, manis.
.
Okay, boleh?







Leave A Reply