• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Suami Tipikal

11/11/2018

Mungkin saya dianggap sebagai seorang lelaki yang memahami wanita.

Lalu saya dihujani dengan pelbagai aduan dari kaum wanita.  Ada yang minta didengar ada yang minta dibantu.  Ada yang boleh saya dengar dan memang ada yang boleh saya bantu.

Namun ada yang saya taknak campur langsung.

Bahaya woih.

Hidup berumahtangga ni sebenarnya sangat mencabar jika hanya ada sebelah pihak sahaja yang mengurusnya dan cuba memperbaiki jika ada salah dan silapnya.

Sangat sukar kalau begitu.

Hidup berumahtangga ni semuanya perlukan kebersamaan.

Together-gather gitu.

Tidak boleh hanya isteri yang mengurus rumahtangga dan penat sendirian.  Tidak boleh juga hanya suami sahaja yang bekerja dan juga penat sendirian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Samalah kalau isteri yang bekerja maka suami perlulah urus rumahtangga dan bantu cari pendapatan sama.  Jangan asyik lepak mamak dan borak kosong sahaja.

Itu pemalas sangat tu.

Bantulah dengan buat online bisnes ke, buat kuih ke, bawak Grab ke atau apa-apa sahajalah yang boleh dapat duit.  Perlu saling bekerjasama, perlu saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.  Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.

Bukan orang dulu saja suka-suka buat pepatah begitu.

Kebahagiaan berumahtangga juga bukanlah dikecapi oleh seorang sahaja tetapi semua.  Dari suami, isteri hinggalah ke anak-anak, semuanya kena bahagia kena gembira.  Kalau ada seorang individu tidak bahagia maka semestinya ada yang tidak kena.

Sama-samalah cari punca dan perbaikinya.

Isteri, mohon berhenti jadi super dalam segalanya.

Ada masa anda perlu minta pertolongan dari suami.  Ada kala anda perlu tinggalkan segala dan berehat.  Biarlah rumah berselerak sekejap asalkan anda tidak penat dan letih melampau.

Suami pula, belajarlah buang ego.

Rajinkan diri dan ringankan tulang membantu.

Tak rosaklah jari gebu anda tu dek air sabun ketika mencuci pinggan di sinki.  Tak hilanglah boroi tu dek peluh ketika mengemop lantai tau.

Berhentilah jadi suami tipikal.  Berhenti jadi seperti raja dalam rumah, buat kira-kira, suri dalam dapur makan roti gula.

Ehhhhhh…

KHAIRUL ABDULLAH
#tipsdarisuperdaddy

Share

Blog  / Peoples  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved