• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Suntikan Vaksin di Jerman

23/06/2016

Seingat saya, ketika Khaleef lahir dia tidak diberikan sebarang suntikan vaksin. Doktor membuat pemeriksaan asas pada hari berikutnya bagi memastikan segala organ penting dan derianya berfungsi.

Tiada sebarang suntikan.

Hari kedua terus dibawa pulang ke rumah. Sebulan kemudian barulah kami bawa Khaleef untuk berjumpa doktor buat kali pertama. Bukannya tak nak bawa awal-awal, memang prosedurnya begitu. Di dalam buku kelahiran memang dah tertulis yang temujanji pertama dengan doktor adalah sebulan selepas tarikh lahirnya.

Ketika itulah Khaleef diperiksa secara terperinci. Segala ujian, scan segala bagai dibuat untuk memastikan semuanya berkeadaan baik. Selepas itu barulah vaksin diberi. Setiap kali temujanji untuk vaksin, 2 jarum sekaligus di peha dan vaksin oral turut diberikan.

Banyaklah juga jarum yang Khaleef terima. Hampir kesemua jenis vaksin diberikan sehingga berusia 1 tahun kecuali BCG kerana tidak ada di Jerman.

Surat peringatan turut dihantar kepada ibu bapa untuk mengingatkan yang anak atau bayi anda perlu berjumpa doktor pada sela waktu tertentu untuk pemeriksaan. Jika gagal membawa bayi berjumpa doktor atau tiada rekod tentang bayi anda yang boleh disemak maka anda boleh didakwa atas kecuaian.

Di Jerman, vaksinasi juga adalah pilihan seperti di Malaysia namun hampir kesemua bayi diberikan suntikan vaksin. Doktor seboleh-bolehnya akan memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka diberikan vaksin.

Bagi kanak-kanak yang tidak divaksin, kebarangkalian untuk masuk tadika adalah terhad kerana kebanyakan tadika tidak mahu menerima kanak-kanak yang tidak divaksin.

Di Amerika juga kanak-kanak wajib divaksin sebelum dibenarkan untuk bersekolah samada di sekolah kerajaan ataupun swasta dan juga di tadika.

Tahun lepas Jerman juga sudah ada ura-ura untuk mewajibkan vaksin kepada semua rakyatnya.

Perlukah vaksin turut diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia?

ENTAHLAH, I dont know.

Share

Blog  / Experience  / Health  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved