• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“Takde ke Ayah?”

29/10/2019

Aku tengah beratur kat Petronas nak ambil duit kat mesin ATM CIMB.  Depan aku ada sorang abang ni dengan anak perempuan dia.

Lepas sekejap dengar mesin berbunyi dan resit sahaja yang keluar.  Aku tahu dah tu, mesti takde duit tu.  Anak dia tanya.

“Takde ke Ayah?”

“Takde, belum masuk lagi.”

Dengan wajah hampa si ayah beralih ke mesin ATM Maybank pulak.  Kali ini si ayah ajar si anak pula tekan-tekan button kat mesin tu.  Sekali lagi hampa.

“Takde jugak kan ayah?”

“Yer takde.”

“Tapi takpe, yayyy kakak dah tahu guna mesin ni.”

Si ayah pun berlalu dengan wajah sugul dan hampa.  Si anak senyum ceria sahaja.

Aku pula yang terkedu.

Aku tahu perasaan tu.  Tahu bagaimana rasa “ketiadaan” tu.  Ada sahaja keperluan untuk keluarga terutamanya anak-anak yang perlu dipenuhi.  Mungkin ada susu atau pampers yang dah habis, mungkin beras hanya tinggal segenggam dua.  Mungkin minyak motor atau kereta hanya boleh bertahan sehari dua.

Sedih. Terbayang wajah anak-anak.

Rasa macam nak jer aku bagi duit kat abang tu.

Tapi serius, aku tak tau macamana.  Takkan terus pergi hulur kat dia macam tu jer?  Aku pun tengah beratur nak ambik duit ni.

Lagipun aku rasa dia takkan terima duit aku.  Aku takut aku macam “menghina” dia pulak.  Aku faham perasaan “proud and pride” seorang bapa.

Aku hanya perhati dia dan anaknya melangkah perlahan dan berlalu pergi.

Lalu aku tadah tangan dan doa semoga Allah bukakan pintu rezeki buat dia seperti yang dibukakan untuk aku.  Semoga dipermudahkan urusan dia dalam menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya seperti aku.

Aamiin, Aamiin, Ya Robbal Al’Amin.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved