Semalam aku tidur awal. Tak daya nak teruskan kerja-kerja bantuan. Stress baqhang.
Hanya team aku yang asalnya 5 orang dan kini dah jadi 15 orang bertungkus-lumus bergilir-gilir bersengkang mata memproses permohonan dan meluluskan bantuan.
Komited sungguh depa ni walaupun masing-masing ada keluarga dan tanggungjawab di rumah dan di tempat kerja. Aku dok pikir macam mana lah nak balas budi baik depa ni.
Takkan nak belanja KFC jer kan?
Pagi ni, ada pemohon bantuan bagitau, YB kawasan dia yang suruh dia contact dan mohon bantuan dengan kami. Aku rasa YB tu pun dah habis duit dah kot.







Dana kami pun dah susut sangat dah. Setakat ini kami dah beri bantuan kepada lebih 1200 keluarga. Ada beribu-ribu lagi yang memohon. Setiap pagi kami menerima ribuan permohonan walaupun kami dah stop sementara.
Tak tergamak weh tengok orang menangis merayu demi anak-anak. Ada yang bancuh air gula dan paksa anak minum. Sedih wehh.
Malangnya kami hanya mampu bantu sekitar 400 keluarga sahaja lagi dengan dana yang ada.
Jika kalian ingin turut membantu, kami sedia menerima sumbangan bagi membolehkan ramai lagi menerimanya.
Bantuan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Bank: CIMB – 8009705253
Acc: KA Creative Services
Reference: Infak Dana Susu Bayi
Terima kasih banyak-banyak.
Semoga sumbangan kalian semua dirahmati Allah dan diberikan ganjaran berlipat kali ganda.
Aamin.
P/s: Dah selesai semua ni nanti aku akan daftar NGO. Lebih senang dan aku harap takde lagi orang tuduh aku tipu.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#InfakSusuBayi
#StayAtHome
#SusuUntukSemua







Leave A Reply