• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tanpa Awak..

01/06/2019

Kami dah nak balik kampung.

Walaupun berat rasa hati, walaupun pudar rasa ingin beraya namun saya gagahkan juga demi anak-anak.  Sukar sebenarnya menghadapi hari-hari begini tanpa awak.

Lebih 14 tahun saya bergantung dengan awak di dalam menguruskan cuti sebegini.  Hari ini saya harus buat semuanya seorang diri.  Setiap apa yang saya ingin lakukan, pasti akan terlihat kelibat awak mendahuluinya.

Nak mengemas rumah yang akan ditinggalkan, nak memilih dan pack baju untuk diri sendiri dan anak-anak.  Segala kelengkapan dan ubatan, segala kuih dan makanan adalah sangat memenatkan.

Sudahlah diganggu oleh anak-anak yang menyelerakkan apa yang sudah dikemas, nak lipat baju masuk ke dalam beg pun sukar jadinya.  Patutlah dulu awak selalu bersengkang mata melakukannya ketika kami semua sedang nyenyak tidur.

Saya merasai semuanya kali ini.

Sesungguhnya fahamlah saya bahawa menjadi ibu dan suri di dalam sebuah rumahtangga adalah sesuatu yang berat dan sangat mencabar.  Kalau ada tangan yang menolong pasti ianya akan menjadi lebih mudah.

Semoga mereka yang masih ada suri di dalam hidup sentiasa saling membantu bagi meringankan beban orang yang paling penting di dalam hidup mereka.

Mudah-mudahan.

Hari ini saya tinggalkan awak seketika, lepas raya nanti saya akan kembali lagi seperti biasa.

Selamat tinggal.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved