• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Taylor Swift dan Selena Gomez

16/04/2017

Ting! bunyi notifikasi whatsapp di telefon.

Seronok juga bila ingatkan Taylor Swift yang kontek bila nampak gambar atis popular tu di sebelah nombor telefon yang muncul di whatsapp saya.

Rupanya student dari sebuah universiti tempatan yang saya agak memang wajahnya saling tak tumpah macam artis popular tersebut gamaknya.

“Salam”. Ringkas sahaja tulisnya.

Saya menunggu sambil berharap dia memperkenalkan diri dan seterusnya bertanya soalan. Namun sepi.

Sejam berlalu bila dan berkelapangan saya pun menjawab “Waalaikumsalam”.

Kemudian dia membalas “Apa kabar?”

Ahhh sudah, dia ajak chat pulak.

Saya tidak punyai masa nak berchit-chat. Terus sahaja perkenalkan diri dan tanyalah soalan. Ada 10 soalan pun saya akan jawab semuanya bila berkelapangan.

Bila saya dah jawab dan selesai semuanya maka saya akan padam/delete semua mesej. Saya tidak simpan nombor telefon semua orang yang bertanya. Hanya orang-orang tertentu sahaja.

Selang 3 bulan, Arianna Grande pula whatsapp saya. Hampir nak pitam juga dibuatnya. Namun keseronokan tersebut “premature”. Rupanya student hari tu lagi. Ada soalan lain pulak.

Dia terus bagi salam dan bertanya seolah-olah saya dah kenal lama dengan dia dan saya dah faham situasi dia sebab saya pernah menjawab soalan dia 3 bulan lepas.

Adoii. Kalau masih pakai dp atau profil Taylor Swift tu mungkin saya ingatlah, habis kali ni artis lain pulak. Mungkin lain kali Selena Gomez pulak kot.

Kalau perkenalkan nama, dari mana dan ceritakan sepatah dua pasal diri maka mudah saya ingat. Kalau letak gambar sendiri lagi mudah saya kenal. Ini letak gambar pisang, air terjun, anak mat saleh, bunga kemboja dan macam-macam yang bukan diri sendiri.

Kalau yer pun tak nak dikenali atau malu atau jaga aurat dan sebagainya pilihlah gambar yang senonoh sikit dan yang boleh menunjukkan siapa anda. Kalau yang letak gambar bunga tu biasanya perempuan lah, tapi lelaki pun ada juga. Yang letak gambar Porsche atau Ferarri tu biasanya lelakilah tapi perempuan pun ramai juga.

Jadi saya yang nak menjawab ni susah juga. Kalau tahu jantina dan tua atau muda maka lebih mudah nak membahasakan diri dan jawapan diberi lebih tepat.

Ini tidak, kau letak gambar selipar. Susah nak tahu jantan betina kalau setakat selipar biru.

Tapi mujur masih ramai juga yang bagus. Bagi salam dengan ejaan penuh, perkenal nama dan dari mana. Profil pun gambar sendiri. Orang sebegini kalau selalu hubungi kita maka kita pun rasa macam kawan dan kita pun simpanlah nombor dia.

Ada yang terlebih bagus pun ada. Mesej pun berbunyi pelik-pelik dan meremang bulu tengkuk. Ada yang sangat dahsyat sampai tak tergamak nak baca dan terus delete sahaja.

Tapi tak mengapalah, lumrahlah bila nombor telefon di “public” kan. Saya menerima semua mesej dan membalasnya. Walaupun profil gambar ikan hatta selipar sekalipun, saya pasti menjawab pertanyaan anda.

Namun lebih seronok dan bersemangat menjawab kalau yang bertanya tu manusia dan bukannya pisang, ikan keli, bunga ros, kereta myvi tayar kangkang ataupun juga selipar.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved