Ini adalah teksi Porsche Panamera yg pertama di dunia. Saya ambil gambar ini di sebuah stesen minyak di Stuttgart pada Januari 2012.
Disebabkan saya terlopong mengenangkan sebuah Porsche yang harganya” jutaan” ringgit di Malaysia boleh dijadikan teksi, maka saya pun bertanya kepada pemiliknya (yang sedang mengisi minyak) kenapa ia dijadikan teksi?
Jawapannya mudah saja. Katanya dia sengaja dan suka nak jadikan keretanya teksi agar orang lain boleh merasa juga. Katanya lagi “Ini adalah teksi Panamera pertama di dunia”. Saya tak tanya pula berapa cajnya namun anggapan saya kalau dah teksi, cajnya sama saja.
Setahun kemudian saya dah kerap jumpa banyak teksi Porsche Panamera ini yg berwarna kuning (warna piawai bagi teksi) dan juga jenis kereta lain yg turut dijadikan teksi seperti Bentley, Aston Martin, Tesla dan pelbagai jenama mewah lain.
Teksi standard di Jerman adalah Mercedes E Class. Jadi adalah jarang nampak orang biasa pakai E-class ni sebab sama dengan teksi.
Namun, bukan nak cerita sangat pasal teksi ni, tetapi sikap pemandu teksi yang tak pernah cekik darah. Meter sentiasa digunakan samada jarak perjalanan jauh atau dekat. Pemandu teksi pula sering menerima tips atau saguhati dari penumpang sekitar 1-2 euro.







Leave A Reply