• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Teppanyaki

23/01/2019

Nak bagitau yang saya suka makan teppanyaki.

Kalau makan di kedai saya akan duduk depan chef tengok dia masak macam mana.  Apa benda yang dia letak, berapa lama dia masak daging atau ayam atau sotong tu, lalu saya balik dan cuba buat sendiri.

Biasalah, kalau buat sendiri ni kita akan ejas sana-sini bagi sesuai dengan tekak kitalah kan.  Dah lah sedap, senang ya amat.

Memang tak menghampakanlah.

Inilah antara menu kegemaran arwah isteri saya.  Dia taknak makan kat restoran dah dan selalu suruh saya yang buatkan.  Dalam masa kurang 15 minit dah siap, dari mula potong bawang sampailah dihidangkan.

Bawang putih goreng merupakan bahan yang menaikkan rasa masakan ni.  Kena potong nipis dan goreng rangup untuk ditaburkan ke atas daging dan taugeh nanti.

Kunci kesedapannya pula terletak pada taburan garam, serbuk garlic dan juga lada putih dan digenangi dengan mentega yang mencair ke segenap pelusuk daging.

Daging ni masak dia sekejap sahaja tak lebih 2 minit, kalau lebih dia akan jadi keras dan tak juicy lagi.  Taugeh pun sama juga lepas masuk kuali tak lebih 70 saat terus kena tutup api.  Kalau tak kerangupannya akan hilang seperti teratai layu di tasik madu.

Begitulah.

Ini gambar lama eh, terjumpa waktu godek-godek blog tadi.

Nah resepinya.  Tapi tak sama macam yang korang makan kat restoran tu yer.

Bahan-bahan:

120-150gm (sebesar penumbuk kecil) daging lembut dihiris nipis.
100gm taugeh (segenggam setengah) dicuci. kalau ada carrot dan daun bawang boleh juga dimasukkan bersama.
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil garlic powder
1 sudu kecil lada putih
2 sudu butter
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1 sudu kecil bijan (pilihan)
Parsley untuk hiasan (pilihan)

Cara masak.

1. Masukkan daging dan kicap cair serta garam, kacau dan ketepikan.

2. Goreng bawang putih dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang sama, masukkan daging tadi, kacau cepat taburkan serbuk bawang putih, lada putih dan garam kemudian sebelum 2 minit masukkan 1 sudu butter, kacau dan matikan api.  Angkat.

4. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak masak, masukkan taugeh, kacau cepat dan masukkan garam, lada putih, serbuk bawang putih, garam dan butter.  Sekitar 70 saat dari mula proses tadi terus matikan api dan angkat.

5. Hidangkan bersama nasi panas.

Makan dengan chopstik yer baru feel.

Cubalah.

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved