• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Terima Kasih Semua

20/03/2020

Rakan sekalian.

1.  Betapa ramai di luar sana yang sangat terkesan dengan keadaan sekarang.  Ramai anak-anak yang minum susu pekat manis, air sirap dan teh o sahaja.  Ramai menghubungi saya dengan bukti seperti yang saya minta.  InshaAllah saya cuba bantu kesemuanya.

2.  Betapa ramai orang kita yang baik hati.  Sumbangan punyalah banyak tak berhenti-henti.  Jenuh saya nak buat audit nanti.  Saya akan pastikan setiap sen diterima oleh mereka yang memerlukan.  Nanti dah selesai semua saya keluarkan laporan untuk semua penderma.

3.  Sejak pagi, saya masih belum berhenti membalas mesej dan mengirim wang sumbangan kalian buat anak-anak yang memerlukan susu ini.  Saya penat dah ni.  Jadi saya cuba sedaya mungkin.  Kalau lambat berbalas, lambat menerima wang untuk membeli susu anak, mohon maafkan saya.  Tangan saya hanya dua.

4.  Bagi yang menyumbang, jika saya tak terbalas mesej, tak sempat ucap terima kasih, tak sempat mendoakan, harap maafkan saya juga.  Ada ratusan mesej yang perlu saya scan satu persatu untuk cari orang yang memerlukan terlebih dahulu.

5. Saya juga ingin berehat sebentar.  Ingin melayan anak-anak juga sebelum mereka tidur.  Jika yang tak sempat malam ini, saya akan sambung esok pagi.

6.  Maafkan kekurangan saya dan doakan agar saya kuat untuk meneruskan projek ini.

Terima kasih semua.

Terima kasih.
#SuperDaddy
#InfakSusuBayi

Share

Blog  / Foods  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved