• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Terminated

30/07/2017

Berikutan kisah mengenai janji temu yang lewat semalam, salah satu daripada 3 pihak yang berjanji semalam telah saya tamatkan (terminate) kontraknya.

Sepatutnya 3 pihak ini perlu bekerjasama dan perlu mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan bagi menyiapkan kerja yang diberikan.

Namun janjitemu seawal jam 9 pagi telah dilewatkan oleh pihak pertama kemudian berangkai pula oleh pihak kedua dan kerja yang sepatutnya bermula jam 9 ditangguh ke jam 2 petang.

Usai jam 1.30 petang pihak pertama telah menunggu untuk bekerja.  Mereka lebih awal datang bagi menebus kelewatan 30 minit di sebelah pagi.  Malangnya pihak kedua lewat lagi maka kerja bermula pada jam 3 petang.

Pihak pertama bertungkus-lumus mempercepatkan kerja bagi menebus kelewatan masa dan harus ditangguh juga kerana pihak kedua yang sepatutnya menyambung kerja pihak pertama gagal hadir.

Setelah berkali-kali dihubungi dengan jawapan klise “on the way” masih tak kunjung tiba.

Datang pula pihak ketiga untuk menyelesaikan kerja pihak pertama dan kedua tadi tepat pada waktunya.  Namun gagal memulakan kerja akibat kerja oleh pihak kedua yang tergendala.

Akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu dan berkali-kali percakapan di telefon, maka pihak kedua ditamatkan kontraknya serta merta dan pihak ketiga mengambil-alih kerja tertangguh dengan jayanya.

Sejam lebih kemudiannya, ketika matahari mula melabuhkan tirai, pihak kedua datang untuk menyambung kerja walaupun sudah dimaklumkan untuk tidak lagi datang.

Saya tidak mampu lagi untuk bercakap dengan mereka, oleh itu saya meminta mereka pulang dengan kadar segera hanya dengan isyarat jari sahaja.

Mereka pun berhuhu dan berwawa sambil melangkah keluar dari premis saya.

Sekian laporan kisah kontraktor-kontraktor di bumi Malaysia.

#mentalitijamban
#untunglahmalaysiamasihaman
#khairulabdullah

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved